Lambakan rumah tidak terjual: Faktor dan inisiatif

Rahim & Co, sebuah firma konsultansi hartanah melalui kajiannya mendapati setakat suku ketiga 2020, terdapat 57,390 unit kediaman siap tidak terjual membabitkan hartanah kediaman, apartmen servis dan SoHo bernilai RM42.49 bilion.

 

Tiga negeri yang mencatatkan jumlah kediaman siap tidak terjual paling tertinggi adalah Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Negeri lain seperti Perak dan Pulau Pinang juga menunjukkan hartanah tidak terjual yang tinggi dengan kadar purata 4,000 unit.

 

Pelbagai inisiatif telah diambil untuk merancakkan industri hartanah. Sebagai contoh, melalui inisiatif PENJANA yang telah memperkenalkan beberapa langkah antaranya melupuskan cukai keuntungan harta tanah bagi pelupusan hartanah kediaman yang dibuat bermula 1 Jun 2020 dan berakhir pada 31 Disember 2021. Pelupusan cukai ini adalah terhad kepada tiga unit rumah sahaja.

 

Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah atau HOC bagi menggalakkan pemilikan rumah yang telah terbukti berkesan pada tahun 2019. Dengan HOC, pemaju perlu menawarkan sekurang-kurangnya 10 peratus diskaun bagi mendaftarkan projek mereka di
bawah HOC.

 

Melalui belanjawan 2021 pula, kerajaan telah mengumumkan pengecualian duti setem bagi hartanah kediaman bernilai sehingga RM500,000. Pengecualian ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan pada 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025. Ianya terpakai sama ada bagi rumah dalam pembinaan atau pasaran sekunder.

 

Jika dilihat pada semua inisiatif yang diperkenalkan, objektifnya adalah untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat dan merancakkan transaksi hartanah sekali gus menyelesaikan lambakan hartanah siap yang tidak terjual.

 

Namun di mana silapnya? Berikut disenaraikan beberapa sebab yang mungkin menjadi punca kepada masalah ini.

 

1. Harga yang sangat mahal

 

Apartmen di Kuala Lumpur dengan keluasan 900 kaki persegi kebanyakannya berharga RM300,000 ke atas. Anggaran bayaran bulanan adalah sekitar RM1,200 sebulan, belum termasuk yuran penyelenggaraan yang boleh menjangkau RM250 sebulan.

 

Bayangkan isi rumah berpendapatan bersih RM5,000 dengan dua orang anak mahu memiliki rumah seperti ini di Kuala Lumpur. Barangkali boleh, tetapi akan mengalami kadar komitmen yang tinggi dan mungkin tidak dapat membuat sebarang simpanan setiap bulan.

 

2. Penawaran melebihi permintaan

 

Pemaju berlumba-lumba mendirikan hartanah kediaman walaupun permintaan kurang disebabkan ketidakmampuan memiliki aset tersebut. Ini menyebabkan isu lambakan hartanah siap tidak terjual di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

 

Kemungkinan keinginan memiliki rumah ada dalam kalangan masyarakat tetapi disebabkan kekangan kewangan, hasrat tersebut tidak dapat diteruskan sekali gus menyumbang kepada isu lambakan hartanah kediaman tidak terjual.

 

3. Monopoli daripada golongan berkemampuan

 

Paling menyedihkan, ada pula monopoli daripada golongan atasan yang membeli rumah pada kadar harga yang rendah tetapi menyewakan atau menjual semula rumah tersebut untuk mendapatkan keuntungan.

 

Sebagai contoh, RUMAWIP atau Rumah Selangorku ada sahaja golongan yang menyewa daripada pemilik asal. Masalah di sini bukan berkenaan penyewa tersebut, tetapi pemilik yang membeli rumah tersebut sedangkan mereka sudah memiliki rumah lain. Ini sekali gus menutup peluang golongan yang memang memerlukan kediaman pada harga yang ditawarkan.

 

Baru-baru ini, Kementerian Wilayah Persekutuan mengumumkan akan membuat pelancaran projek Residensi Prihatin pada 22 Februari ini. Harga kediaman ini adalah pada kadar RM200,000 yang akan dibangunkan di sekitar Putrajaya selaku projek perintis.

 

Ini adalah satu inisiatif yang baik daripada pihak kerajaan kerana pada waktu ini, untuk mendapatkan hartanah kediaman di Lembah Klang pada harga tersebut boleh dikatakan agak mustahil.

 

Semoga dengan pelbagai inisiatif yang diperkenalkan kerajaan dan juga timbang rasa daripada golongan pelabur hartanah dapat mengatasi masalah lambakan rumah.

 

Azharul Adha Dzulkarnain
Perunding Takaful dan Hartanah

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili mana-mana pihak berkepentingan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia