Lahirkan penggerak media sebar mesej rahmah

Menurut Pengarah kursus, Rofazlin Jusoh, kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru penyelaras media berkaitan bagaimana melahirkan penggerak media yang berusaha menyebarkan prinsip rahmah melalui pendekatan Rahmatan Lil Alamin.

 

“Selain perancangan dan pengurusan kelab, kursus ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada semua penyelaras berkaitan asas kewartawanan,” jelasnya.

 

Tambahnya, peserta turut didedahkan tentang penyediaan bahan berita yang berkualiti dan menepati kriteria bidang dan kepentingan menjaga kredibiliti dan prinsip kewartawanan.

 

Salah seorang peserta, Nurain Md Nor dari Sekolah Menengah Al-Hidayah Ipoh berkata, program sebegini sangat baik dalam aspek pengurusan hal ehwal media sekolah dan perlu diteruskan pada masa yang akan datang.

 

“Dalam era laporan dan berita terbuka, dan mudah terdedah kepada info-info palsu dan tidak tepat, hari ini kami didedahkan berkaitan etika asas kewartawanan dan bagaimana melaporkan sesuatu berita.

 

“Melaporkan berita yang tepat dan sahih ini sangat penting dan selari dengan tuntutan syariat agar kita berlaku jujur dan benar dalam membawa sesuatu berita,” ujarnya.

 

Kursus sehari ini dimulakan dengan slot ‘Asas Kewartawanan’ yang disampaikan oleh mantan wartawan akhbar Utusan Malaysia, Siti Ainiza Kamsari yang berkongsi kaedah asas dalam menulis berita merangkumi protokol, kaedah dan perkara yang perlu dielakkan dalam menulis sesuatu berita.

 

Ia turut diisi sesi perbincangan melibatkan semua peserta berkaitan perancangan kelab sepanjang tahun 2020. Kesemua hasil perbincangan dibentangkan dan diperhalusi pada akhir kursus.

 

Kursus Pengurusan Media yang melibatkan 41 orang Guru Penyelaras Kelab Media dari sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH seluruh negara ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum IKRAM MUSLEH & KRS MUSLEH.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia