IKRAM bakal lancar lagu patriotik

SERI KEMBANGAN – Demi menyemai semangat kecintaan kepada negara, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bakal melancarkan lagu patriotiknya tidak lama lagi.

 

“Kami merancang untuk melancarkan lagu patriotik ini sebelum 16 September (Hari Malaysia),” kata Pengarah Sambutan Bulan Kebangsaan 2021, Prof. Dr Mustafa Din Subari.

 

Jelas beliau, pihak penganjur baru sahaja menerbitkan iklan prapelancaran (teaser) lagu ‘Selamanya Malaysia’ hari ini yang boleh ditonton di saluran YouTube TV IKRAM melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=SAi4svP352U

 

Pelancaran lagu patriotik ini, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 anjuran IKRAM dengan kerjasama Sinar Harian.

 

“Selain lagu patriotik, pelbagai aktiviti menarik yang telah dan sedang dijalankan sepanjang kempen ini,” ujar Dr Mustafa Din yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM yang mengetuai Unit Kajian Dasar IKRAM (KADRI).

 

Antara aktiviti tersebut ialah Projek #MerdekaBersama iaitu memberi hadiah kepada jiran atau rakan berlainan kaum, video perpaduan, pertandingan bercerita kanak-kanak, permainan dalam talian untuk remaja, poster digital, Bicara Bina Negara dan juga penulisan artikel-artikel.

 

Katanya lagi, IKRAM sentiasa bersama secara aktif membina negara Malaysia baharu dan memupuk perpaduan nasional dalam kalangan rakyat.

 

“Kita ingin memberi penekanan bahawa kemerdekaan ini milik semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan dan status ekonomi.”

 

Tambahnya, penganjuran sambutan ini mensasarkan seluruh lapisan masyarakat Malaysia, sama ada yang tua, yang muda, yang duduk di bandar atau luar bandar.

 

Bersempena dengan sambutan ini, jelasnya, IKRAM mengambil peluang untuk mendidik dan menyampaikan kepada masyarakat umum tentang hasrat dan impian untuk sama-sama menjadi Malaysia sebuah Negara Rahmah Mithali.

 

“Alhamdulillah, sambutan terhadap kempen #MerdekaBersama ini sangat menggalakkan, baik dalam kalangan ahli khususnya mahupun masyarakat umumnya.”

 

Info lanjut Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 yang bermula 15 Ogos hingga 16 September ini boleh dilayari di laman Facebook rasmi Pertubuhan IKRAM Malaysia melalui pautan https://fb.com/ikram.malaysia/.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia