Kutuk Tindakan Seksis di Parlimen

Wanita IKRAM menyatakan rasa kesal atas kenyataan seksis wakil rakyat yang telah berlaku di Parlimen Malaysia pada 21 November 2016 apabila YB Dato’ Sri Tajuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memperolok-olokkan nama salah seorang daripada 222 Wakil Rakyat.

Sungguh, gelaran yang diberikan oleh wakil rakyat ini adalah tidak berakhlak dan ini bukanlah melambangkan hati budi seorang Melayu yang beragama Islam, apatah lagi ia ditujukan kepada wanita. Kenyataan ini sangat menyinggung peribadi Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok dan kaum wanita seluruh negara.

Ianya juga merupakan unsur penghinaan kepada seluruh kaum wanita di negara ini. Tindakan sebegini juga melambangkan betapa rendahnya moral dan akhlak seorang wakil rakyat apatah lagi seorang Timbalan Menteri. Amat malang sekali negara ini memiliki individu sebegini sebagai pemimpin negara.

Maksud ayat-ayat Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 11:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) barangkali puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) barangkali puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka…”

Wanita IKRAM yang memperjuangkan Kempen Hentikan Keganasan terhadap Wanita (Stop Violence Against Women) (VAW) menyeru kepada sekalian rakyat Malaysia, kaum wanita khususnya untuk bangkit dan mengutuk tindakan Timbalan Menteri yang tidak berakhlak ini.

Sungguh, dia telah memalukan agama yang dipercayainya dan memalukan orang Melayu serta rakyat Malaysia.

Kesal dengan apa yang berlaku, Wanita IKRAM menuntut agar:

1. Datuk Sri Tajudin memohon maaf khususnya kepada YB Teresa dan amnya kepada semua kaum wanita

2. Semua Rakyat Malaysia menolak wakil rakyat dan pemimpin yang tidak berakhlak serta menghina wanita seperti ini melalui kuasa undi masing-masing.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia