Kutuk stereotaip, generalisasi etnik Rohingya, fokus kemanusiaan

“Selari dengan maqasid syariah, fokus isu yang utama sepatutnya adalah terhadap pembelaan nyawa dan harga diri yang meragut ribuan nyawa-nyawa tidak berdosa serta kerosakan harta benda, bukannya bersikap stereotaip yang mewakili beberapa peratus kecil terhadap etnik Rohingya pada hari ini,” tegas Presidennya, Ahmad Taqiyuddin Shahriman.

Pada Khamis lalu, ribuan etnik Rohingya telah berhimpun di luar kedutaan Myanmar bagi membantah keganasan tidak berperikemanusiaan kerajaan Myanmar di Arakan (Rakhine) pada 24 Ogos lalu.

Laman-laman rasmi seperti Al-Jazeera dan Channel News Asia melaporkan, pihak tentera telah bertindak menggeledah perkampungan etnik Rohingya, membunuh para penduduk termasuk wanita, kanak-kanak juga bayi serta membakar masjid dan madrasah.

Namun katanya, naratif stereotaip dan generalisasi warga Rohingya yang dimainkan di media sosial beberapa hari kebelakangan ini ialah etnik Rohingya adalah pengotor, pemalas, tiada sivik dan cepat besar kepala. Tempat paling popular dalam naratif ini adalah Pasar Borong Selayang.

“Yang menyedihkan isu ini dimainkan ketika isu pembantaian dan kezaliman terhadap warga Rohingya sedang rancak dijalankan di wilayah Arakan, Myanmar. Isu pembantaian Rohingya yang sepatutnya menjadi perhatian namun sebaliknya yang berlaku.”

Tambah beliau, isu stereotaip ini ibarat mengalih perhatian kerana isu yang cuba dimainkan menutup kezaliman dan penindasan tanpa perikemanusiaan rejim tentera Myammar dan para sami Buddha yang ekstremis.

“IKRAM Siswa menolak segala hasutan pemikiran buruk yang mahu dibangunkan berasaskan stereotaip dan generalisasi terhadap etnik Rohingya sekaligus menyeru masyarakat agar melihat isu ini dari perspektif kemanusiaan rentas segala perbezaan kaum, agama, ras bahasa jua warna kulit.”

Taqiyuddin menyeru masyarakat agar melibatkan diri bersama etnik Rohingya dalam program-program kebajikan anjuran badan bukan kerajaan seperti MyCARE dan lain-lain bagi mengenali dengan lebih rapat di samping mengetahui kisah-kisah duka mereka sebagai mangsa pelarian di negara sendiri.

“Jadilah masyarakat yang mengharmonikan keadaan, tidak mudah tular sesuatu kenyataan sebelum disemak kesahihannya. Jadilah masyarakat yang tidak membangunkan pemikiran buruk berasaskan stereotaip dan generalisasi. Jadilah masyarakat yang lebih prihatin dan mencintai kemanusiaan, keharmonian juga keamanan.”

Beliau juga menyeru kepada semua mahasiswa agar menjadi mahasiswa yang holistik, bukan sekadar bijak pada akalnya, tetapi juga dapat menonjolkan qudwah hasanah dalam akhlak juga pengurusan alam maya khususnya melibatkan isu Rohingya ini.

Sumber foto: RTE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia