Kutuk cubaan kabinet Israel

“Kami juga mengutuk lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Dinding al-Buraq sebelum mesyuarat kabinet tersebut, yang jelas bertujuan memberi sokongan kepada rejim Zionis untuk mengawal Baitul Maqdis,” tegas Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi MyCARE dalam sidang media pada Rabu lalu.

Tambahnya, rejim Zionis Israel masih meneruskan tindakan menceroboh dan membinasakan al-Quds walaupun Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu dan Majlis Keselamatan PBB telah berkali-kali meluluskan resolusi mengutuk tindakan itu, termasuk tindakan mengambil alih al-Quds serta cubaan untuk menukar status al-Quds.

“Kami dengan tegas mengutuk percubaan rejim Zionis memutarbelitkan maklumat berkenaan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa serta dakwaan mereka bahawa al-Quds dan al-Aqsa adalah milik mereka.”

Memuji para pembela Masjid al-Aqsa iaitu pasukan murabitun dan murabitat atas keberanian yang berterusan melindunginya daripada banyak percubaan pencerobohan rejim dan peneroka Zionis, pihak sekretariat kempen turut memuji sokongan padu kerajaan Malaysia dan rakyatnya terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Kami menyeru rakyat Malaysia yang mempunyai hati nurani, tanpa mengira kaum dan agama, untuk menyuarakan sokongan mereka kepada usaha menegakkan keadilan di bumi Palestin.

“Kami juga menyeru mereka untuk menyokong usaha gerakan BDS (Boycott, Divestment and Sanction) untuk memboikot rejim Zionis Israel serta semua organisasi yang bersubahat dengannya secara langsung atau tidak langsung, dalam melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin.”

  

Mesyuarat dan sidang media Kempen Selamatkan al-Quds ini telah diadakan bagi memperingati ulangtahun ke-50 penjajahan Kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa oleh rejim Zionis Israel.

Sebanyak 25 NGO daripada pelbagai latar belakang seperti dakwah, kemanusiaan, akademik, ulama, wanita, belia dan mahasiswa, telah menghantar wakil bagi menyatakan sokongan terhadap kempen yang dianjurkan dan juga bersetuju agar satu pelan yang strategik disusun agar kempen ini dapat diperhebatkan lagi di peringkat antarabangsa.

Turut hadir Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, Pengerusi BDS Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail serta para pimpinan NGO antaranya Al-Quds Foundation Malaysia (QFM), MAPIM, ABIM, Viva Palestina Malaysia (VPM), HALUAN, Global Peace Malaysia (GPM), Yayasan Amal Malaysia, Aman Palestin, Palestinian Cultural Organization (PCOM) dan Muslim Care.

Pada bulan Jun 2017 ini, genap 50 tahun pendudukan al-Quds (Jerusalem) dan Masjid al-Aqsa oleh rejim Zionis susulan serangan mereka ke atas bumi Palestin pada tahun 1967. Akibatnya, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian Timur al-Quds termasuk Masjid al-Aqsa telah jatuh ke bawah pendudukan haram Israel.

Sejak itu, al-Quds dan Masjid al-Aqsa telah dicerobohi dengan cara yang sistematik dan beransur-ansur oleh rejim Zionis walaupun telah berkali-kali resolusi PBB diluluskan mendesak Israel menamatkan pendudukan haram mereka dan berundur dari kawasan yang dirampas daripada rakyat Palestin.

Di samping meningkatkan pencerobohan secara berleluasa terhadap Masjid al-Aqsa, jenayah rejim Zionis ini mencapai kemuncaknya semasa sambutan Hari Pendudukan al-Quds oleh rejim Zionis baru-baru ini apabila kerajaan Israel mengadakan satu mesyuarat kabinetnya di dalam salah satu terowong di bawah Dinding al-Buraq.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia