Kursus Pra Leftenan dan Pra Kapten KRS MUSLEH 2011

Objektif  kursus adalah untuk mengumpulkan tenaga jurulatih KRS MUSLEH seluruh Malaysia dan memantapkan latihan pengurusan program dan kaedah P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) dalam kemahiran KRS MUSLEH. Selain itu, ia bertujuan memantapkan kefahaman tentang konsep penyerapan nilai tarbiah dalam aktiviti KRS MUSLEH di samping memantapkan kemahiran pengurusan organisasi di dalam pelaksanaan KRS MUSLEH dan melahirkan tenaga bakal jurulatih peringkat kebangsaan.


Kursus Pra Kapten disertai lima orang peserta (2 lelaki dan 3 wanita) melibatkan kemahiran mengurus dan kaedah P&P kemahiran dalam kursus sementara Kursus Pra Leftenan disertai 15 orang peserta (6 lelaki dan 9 wanita) melibatkan kemahiran praktikal kemahiran dalam KRS MUSLEH di samping perkhemahan kembara  selama tiga hari.

Dalam kursus ini, semua peserta pra kapten mengambil tugas sebagai kem komandan bergilir setiap hari dan semua peserta pra leftenan mengambil tugas sebagai pasukan pengurusan setiap hari.

Antara kaedah P&P yang dilatih di kalangan peserta ialah kawad, pandu arah – kompas dan peta, berkayak, alam sekitar, BaSeD (Basic Self Defence), refleksi kumpulan, program malam – Solo Camp 12 jam, XPDC Pandu Arah dari Teluk Nipah ke Bukit 1145, seterusnya Pasir Bogak, Bukit 905 dan Teluk Segadas selama 8 jam.


Peserta juga diberi latihan Water Confident dan XPDC berkayak mengelilingi Pulau Mentangor dan Pulau Giam. Satu kayak terbalik dilambung ombak menunjukkan aplikasi kaedah menyelamat di air formasi T dan H teruji. Peserta turut berlatih mengendalikan High Rope – Repelling 50 kaki, pengurusan pengkalan –  perhimpunan, memasak dan hirasah (kawalan), kebudayaan seperti nasyid jihad, melaksanakan wajibat (tugasan) tilawah satu juzuk dan hafazan surah dan ayat pilihan, kerohanian – qiam, tazkirah subuh dan maghrib dan pentaksiran konstruk kemampuan yang diaplikasi secara menyeluruh.

Menariknya, setelah selesai pendaftaran, peserta dikehendaki menguruskan pasukan menaiki bot dari Jeti Lumut ke Jeti Pulau Pangkor dan menaiki van dari Jeti Pangkor ke Raudhah Camps Teluk Nipah, dan dikehendaki melapor kepada Kem Komandan yang telah dilantik di kalangan Pra Kapten.

Pasukan peserta Pra Kapten diberi ruang secukupnya untuk merancang dan melaksanakan aktiviti kepada peserta Pra Leftenan sepanjang 5 hari. Semua peserta Pra Kapten diberi peluang menjadi Kem Komandan secara bergilir setiap hari dengan pemantauan dan bimbingan mentor yang terdiri daripada jurulatih kebangsaan.


Setiap aktiviti akan dimulakan dengan taklimat dan penyampaian P&P berkaitan kemahiran yang akan dilalui. Aktiviti malam pertama yang sungguh mengujakan adalah Solo Camp mulai jam 6.00 petang hingga 6.00 pagi keesokannya dalam hutan. Peserta membina kekuatan dalaman bagi menghadapi cabaran hari-hari berikutnya dengan tilawah, hafazan dan zikrullah. Sesi refleksi akan dikendalikan oleh Pra Kapten untuk bermuhasabah membina kekuatan dan membaiki kelemahan diri dan pasukan.

Kesimpulannya, semua peserta dilibatkan secara aktif dalam kursus ini, sebagai pemimpin dan pengikut bagi memantapkan pengurusan organisasi di samping membina kekuatan dan menerima kelemahan dengan sewajarnya. Tahniah KRS MUSLEH dan peserta Pra Leftenan dan Pra Kapten!

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia