Kursus Jurnalisme Video latih teknik videografi dan penyuntingan

Kursus yang dikendalikan Jabatan Latihan IKRAMedia selama dua hari ini memberi peluang dan pendedahan kepada kira-kira 20 orang peserta mengenai teknik asas kamera video, rakaman audio dan asas pencahayaan oleh jurulatih video, Hj Abdul Halim Shuja yang juga AJK IKRAMedia Pusat.

Selain itu, peserta terdiri daripada aktivis media IKRAM negeri, daerah serta agensi dan institusi IKRAM turut mempelajari ciri-ciri dan kaedah seni visual dalam videografi, asas dan amalan penyuntingan video yang baik serta persediaan teknikal dan logistik di lokasi rakaman.

Taklimat Jabatan Latihan, penyampaian kursus dan demo rakaman Da’i Azam

Peserta turut diberikan taklimat pada awal kursus mengenai matlamat dan fungsi Jabatan Latihan IKRAMedia oleh ketuanya, Prof Madya Hj Mohamad Saidy Ismail merangkap Timbalan Pengerusi IKRAMedia.

Pada hari kedua, peserta kursus ini turut dihidangkan demo rakaman video temuramah dan perkongsian istimewa oleh Da’i Azam Al-Kankari, Finalis Da’i Milenia TV3 musim pertama mengenai pengalaman beliau berkecimpung dalam dakwah melalui media.

Peserta juga menjalani latihan praktikal secara berkumpulan untuk merakam dan menyunting video dengan durasi tiga minit untuk dibentangkan dan dinilai oleh jurulatih Hj Abdul Halim dan beberapa juri.

Perkongsian Da’i Azam, pembentangan video peserta dan ucapan penutup Hj Mahdzir

Dalam majlis penutup kursus ini, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan & Media IKRAM, Hj Mahdzir Md Isa menggesa para peserta sebagai aktivis media supaya menghasilkan video dakwah yang akhirnya akan memberi impak positif kepada masyarakat.

Beliau turut berharap peserta yang hadir ke bengkel tersebut akan menjadi salah satu daripada sumber kepakaran dan kemahiran yang boleh dimanfaatkan dalam media dakwah kelak, insya-Allah.

Foto:

1. http://on.fb.me/1Mtk3ix

2. http://on.fb.me/1AMzmhF

3. http://on.fb.me/1CDjvRJ

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia