Kurikulum Sekolah: Cabaran Keberkesanan Implementasi

Masihkah ingat dengan lagu ‘Bangau Oh Bangau’? Ia adalah sebuah lagu rakyat yang membawa pendengarnya menghayati keindahan rantaian makanan yang harus dipelihara. 

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak nak timbul

Ikan oh ikan, kenapa kau tak timbul
Macam mana aku tak timbul
Rumput panjang sangat

Uniknya, subjek ekosistem ini hanya mula diajar ketika sekolah rendah tetapi kanak-kanak pada usia tadika sudah pun menghafalnya secara sempurna tanpa perlu dipaksa. Apa yang boleh dipelajari disini? 

Pertama, belajar menjadi mudah apabila diajar dalam suasana dan bentuk yang menyeronokkan. Kedua, meningkatnya minat dan motivasi belajar serta kemampuan untuk pelajar mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan seharian tanda keberkesanan kurikulum sekolah. 

Beberapa tahun kebelakangan ini, isu keberkesanan kurikulum sekolah sentiasa menjadi perbualan hangat. Kurikulum sekolah di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah Malaysia saat ini adalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk sekolah rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk sekolah menengah. 

Semakan dibuat dari masa ke masa atas niat untuk meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan perkembangan semasa, namun implementasinya telah menimbulkan beberapa ruang diskusi yang hangat di sana sini. 

Dr Sharifah Nor Puteh dan Prof. Dr T. Subahan Mohd Meerah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melakukan kajian terhadap cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum persekolahan di Malaysia.

Kitaran Kurikulum

Menurut kajian ini, kurikulum di Malaysia memerlukan penyelarasan yang lebih baik ketika dalam proses pengembangan dan pelaksanaannya demi meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah.

Kajian di beberapa negara menunjukkan tempoh masa kitaran sesuatu kurikulum mengambil masa antara lima hingga 10 tahun.

Namun di Malaysia, perubahan yang telah dilakukan dalam kurikulum selama ini menunjukkan tidak terdapat satu jangka masa yang jelas bagi kitaran pengembangan dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan persekolahan.  

Malah, terdapat pembaharuan dan perubahan yang dilakukan secara mendadak tanpa prosedur proses perkembangan kurikulum yang sewajarnya. Akibatnya, ia membawa kepada ketidaktentuan dari segi perancangan, pengembangan dan pelaksanaan kurikulum berkenaan.

Pembangunan dan Penggubalan

Secara keseluruhan, pembangunan dan penggubalan kurikulum merupakan proses yang kompleks dan mencabar.

Terdapat pelbagai cabaran seperti dilema dalam menentukan skop kurikulum, serta keperluan untuk memiliki kemahiran khusus dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kurikulum dan pembelajaran.

Berdasarkan kajian ini, penting bagi pihak yang terlibat dalam pembangunan dan penggubalan kurikulum untuk memahami isu-isu ini dan memastikan kualiti kurikulum yang disediakan dapat memenuhi keperluan pendidikan dan pembelajaran yang efektif.

Ketiadaan prasyarat ini menjadikan hasil yang dikeluarkan sukar direalisasikan dalam bilik darjah. Situasinya seolah-olah seperti usaha untuk memasukkan gajah ke dalam laci almari baju.

Cabaran Implementasi

Kurikulum yang ditetapkan secara terpusat seperti yang diamalkan sekarang mempunyai kekuatan, asas dan kebaikan, tetapi terdapat beberapa cabaran yang berlaku dalam tempoh pelaksanaannya.

Bagi memastikan keberkesanan dan pemantapan perubahan kurikulum, aktiviti susulan diperlukan di peringkat pelaksanaan, negeri dan pusat bagi menilai kebekersanan dan kecekapan kurikulum itu sendiri.

Para guru tidak harus berasa terbiar dan menangani masalah bersendirian. Mereka adalah petugas barisan hadapan dalam pendidikan. 

Akhirnya, sehebat mana pun kurikulum dirangka, namun jika implementasinya tidak dapat dibuat melalui fasiliti yang mencukupi, kemudahan bilik darjah yang lengkap, kecelaruan dalam pelaksanaan, maka mesej dan keberkesanannya tidak akan pergi jauh.

Para guru menjadi terbeban dan pelajar pula boleh menjadi mangsa keadaan akibat proses pembelajaran yang menjadi semakin sulit dan sukar. 

Kurikulum sekolah boleh dianggap berkualiti tinggi dan relevan apabila pelaksanaannya dapat mencapai sasaran kemenjadian murid secara optimum melalui pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tingkat perkembangan mereka.  

Ini selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk membentuk generasi yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Dengan terbentuknya ciri-ciri tersebut, generasi yang terdidik ini kelak dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Basmin Maarof

Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia