Kunjungan Ukhuwah IKRAM Ke HALUAN

Kunjungan Ukhuwah IKRAM Ke HALUAN | IKRAM

BANDAR BARU BANGI – Pertubuhan IKRAM Malaysia ikram) hari ini telah berkunjung ke Ibu Pejabat Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) di sini.

Kunjungan yang diketuai Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah antara kedua-dua pertubuhan Islam.

Menurut Hj Badlishah Sham, HALUAN dan IKRAM bersama-sama dalam Gabungan Pendidikan Islam Malaysia (GAPIM).

Dengan pengalaman yang ada, beliau berharap kedua-dua pihak boleh bekerjasama dalam merancang apa yang boleh diusahakan dalam gabungan pendidikan ini.

Dalam pada itu, Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman mengalu-alukan kunjungan IKRAM dan sedia bekerjasama dalam usaha-usaha tersebut.

“Selama ini kita (IKRAM dan HALUAN) banyak bersatu kerana berkongsi masalah yang sama, bukannya kerana matlamat yang sama.”

“Kita perlu berubah kembali bersatu kerana berkongsi matlamat yang sama,” kata beliau.

Turut hadir mewakili IKRAM Timbalan Presiden Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Presiden Prof. Dr Hanim Salleh dan Setiausaha Agung Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM yang hadir ialah Ustaz Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib, Hj Mohd Fadzil Saleh dan Dr Sabariah Bahrun, termasuk wakil IKRAM Muda, Afif Aliyana Abu Fitri.

Manakala HALUAN turut diwakili Setiausaha Agung Sr Mohd Sabbri Md Yudin, Ketua Pegawai Operasi Wan Abdullah Sabary Hj Wan Harun dan Naib Presiden Prof. Ir Ts Dr Solehuddin Shuib, Hasri Ahmad dan Dr Zurina Muda.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia