Kunjungan Hormat IKRAM Ke Kementerian Perpaduan Negara

Kunjungan Hormat IKRAM Ke Kementerian Perpaduan Negara

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah melakukan kunjungan hormat ke Kementerian Perpaduan Negara di sini pada Selasa lalu.

Tujuan kunjungan adalah berhubung dengan program Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK 2022) yang dianjurkan oleh IKRAM dengan kerjasama kementerian tersebut. Ketibaan delegasi IKRAM telah disambut oleh Pegawai Kementerian, En. Abdul Halim.

Dalam kunjungan itu, Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin telah menandatangani dokumen berkaitan kerjasama tersebut dan geran yang diberikan oleh kementerian bagi menampung program.

Dalam kesempatan itu, IKRAM turut membuat kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim. Badlishah turut memberikan penerangan mengenai IKRAM dan program yang sedang dijalankan ini.

“Saya amat mengalu-alukan penglibatan NGO dalam menyemarakkan semangat patriotik dan bersama-sama menjayakan usaha-usaha bagi memupuk perpaduan yang kukuh serta benar sesama rakyat Malaysia daripada segala latar belakang yang pelbagai,” ujar Dato’ Indera Noridah.

Dalam pada itu, Presiden turut mengetengahkan mengenai 12 Ciri Negara Rahmah yang di aspirasikan oleh IKRAM dalam ciri ‘Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni.’

Beliau menjelaskan bahawa Perpaduan Nasional merupakan salah satu daripada lima Agenda Nasional yang sedang diadvokasikan oleh IKRAM.

“Kami sangat berbesar hati dengan sambutan baik yang diberikan oleh Kementerian Perpaduan Negara,” kata Pengarah SBK 2022, Dr Sabariah Baharun.

Menurutnya, ini adalah satu titik permulaan yang baik untuk jalinkan hubungan usahasama yang lebih besar di masa akan datang.

“Moga segala yang dirancang ini dapat direalisasikan dengan cemerlang, insya-Allah.”

Kunjungan tersebut turut disertai oleh Naib Presiden IKRAM, Prof Dr Hanim Salleh, Setiausaha Agung, Haji Shahrul Aman Mohd Saari, Dr Sabariah, Haji Ainullotfi Abdul Latif dan Ustaz Abd Haris Bain.

Sambutan Bulan Kebangsaan dianjurkan IKRAM dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan lebih 30 buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), bermula 1 Ogos hingga 16 September 2022.

Pelbagai aktiviti SBK 2022 yang telah dirancang. Ketahuinya di pautan: https://ikram.org.my/aktiviti-sepanjang-sambutan-bulan-kebangsaan-2022/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia