Kunci rumah kekal i-Bantu pertama diserahkan

Kunci diserahkan oleh YDP IKRAM Kelantan, Ustaz Dr Shaarani Mohd Naim kepada pemilik pertama dibawah projek rumah kekal i-Bantu, Azman Mamat yang menerima sebuah rumah yang lengkap dengan tiga bilik dan dua bilik air yang menelas kos sebanyak RM51,000. 

Turut menyaksikan penyerahan kunci ialah Pengerusi i-Bantu Pusat, Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif,  Timbalan YDP IKRAM Kelantan, Hj Wan Zulkifli Wan Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Kelantan, Prof Dr Dinsuhaimi Sidek.

Menurut Prof Madya Ainullotfi, daripada 44 keluarga yang tinggal di Desa Sakinah i-Bantu, cuma 14 sahaja yang tinggal di tanah sendiri dan mempunyai geran sementara baki yang lain menyewa atau tidak mempunyai geran.

“Alhamdulilah, walaupun pembinaan rumah kekal untuk mangsa banjir tidak dirancang pada asalnya namun pada 1 Mei rumah kekal yang pertama siap dibina.

“Satu daripada 14 keluarga itu telah menerima rumah, empat keluarga rumah masih dalam pembinaan oleh i-Bantu, lima keluarga telah dijanjikan rumah kekal oleh agensi atau badan lain manakala empat keluarga lagi sedah cuba diusahakan penajaanya oleh mana-mana pihak yang bermurah hati,” katanya.

Ujar beliau lagi, bagi keluarga yang tidak mempunyai geran, i-Bantu sedang mengusahakan bantuan sewa rumah sambil menanti bantuan lot tanah dan rumah kekal daripada kerajaan atau pihak lain.

“i-Bantu sedang cuba mempercepatkan ‘exit plan’ bagi penempatan tersebut, dengan mengusahakan suasana yang lebih selesa bagi mereka sama ada berupa rumah kekal, rumah sewa atau menumpang di rumah saudara mara.

“Namun pada masa yang sama i-Bantu akan teruskan bantuan untuk beberapa bulan sehingga mereka dapat cukup stabil untuk bersedia kembali meneruskan kehidupan normal dengan sendiri,” jelasnya.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Kelantan untuk memantau perkembangan serta perancangan projek-projek pasca banjir i-Bantu di negeri ini sempat melawat kesemua tapak projek dan bertemu bakal pemilik-pemilik rumah kekal tersebut.

Beliau turut berkesempatan melawat khemah penempatan sementara di Desa Rahmah tajaan MyCARE di Kampung Pahi dan Sekolah Rendah Islam Aman Wakaf Bharu bagi meninjau perkembangan di tempat tersebut.

Bagi penghuni Desa Rahmah, i-Bantu bercadang untuk mengadakan program-program bantuan dan pembangunan juga untuk mereka selepas ini agar dapat mempersiapkan diri secara mental dan spiritual untuk kehidupan normal kelak.

Bagi SRI Aman Wakaf Bharu menurut beliau, i-Bantu telah berusaha untuk mendapatkan penajaan korporat bagi menggantikan sebahagian daripada inventori yang musnah atau hilang tersebut.

Beliau juga sempat mengadakan pertemuan dengan Pengarah Desa Sakinah, Hj Wan, Pengurusnya Mejar (B) Zaidi dan Penyelaras Teknikal Ir Zaidi Sulaiman, bagi membincangkan perancangan bantuan dan program pembangunan seterusnya untuk keluarga mangsa banjir yang telah dikenalpasti di Kuala Krai.

Foto Lawatan:

  1. Penyerahan rumah kekal: http://on.fb.me/1E2TiL5
  2. Desa Sakinah: http://on.fb.me/1GX0nmI
  3. Desa Rahmah: http://on.fb.me/1R8lyFi
  4. SRI Aman Wakaf Bharu: http://on.fb.me/1zv2VFK

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia