Kultus: Bahaya Mentaliti Pemujaan  

Kultus: Bahaya Mentaliti Pemujaan | IKRAM

Mentaliti pemujaan (cult mentality) menimbulkan  ketaksuban yang melampau.  Pengikut-pengikut menolak semua naratif, bukti, hujah, alasan atau dalil selain daripada yang dibawa oleh pemimpin yang didewakan mereka.

Sikap menerima kata-kata seseorang tanpa soal berlaku dalam segenap bidang; agama atau lainnya dan ini menimbulkan kejumudan, taksub atau taklid yang membahayakan.

Penganut mentaliti pemujaan ini mungkin dikaitkan dengan pemimpinnya secara kerohanian, seperti yang  sering berlaku kepada ajaran-ajaran sesat.

Ada juga yang dikaitkan dengan  emosi, seperti yang terjadi kepada peminat-peminat penyanyi  K-pop. Ada juga yang  dihubungkan dengan pemimpin mereka dengan ideologi politik.

Misalnya sebahagian pengikut ustaz, syeikh atau pemimpin agama menerima semua pendapat, pandangan atau arahan pemimpin mereka tanpa usul periksa, tanpa berhenti sejenak mempertimbangkan hujah dan dalil pandangan tersebut atau kewarasan arahan atau pendapat berkenaan.

Pengikut kultus politik pula menerima  bulat-bulat pelbagai pendapat dan pandangan daripada pemimpin-pemimpin politik seolah-olah semua pendapat mereka sentiasa benar dan sahih.

Dalam banyak kes sebelum ini, ketaksuban yang melampau sebegini  telah membawa derita.

Contoh kultus agama ialah Ayah Pin di Besut Terengganu, yang mengaku  menerima wahyu dan menubuhkan ajaran ‘Kerajaan Langit’.

Puluhan pengikutnya mendewa-dewakannya, menganggapnya sebagai ‘Tuhan’ dan bersedia mempertahankan dakwaan karut beliau.  Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas dengan kumpulan ini pada tahun 2005.

Pada tahun 1993, seorang bernama David Koresh telah mengumpul sekumpulan pengikut ajaran sesatnya  di Texas, Amerika Syarikat.

Apabila mereka mula menyimpan senjata api, pihak berkuasa telah membuat serbuan. Kebakaran yang terjadi ketika serbuan tersebut telah mengorbankan hampir 100 orang pengikutnya.

Tragedi kultus agama paling buruk ialah apabila hampir 1,000 orang pengikut ajaran ‘The People’s Temple’ di Guyana mati pada tahun 1978 akibat mengikut arahan pemimpin mereka, Jim Jones untuk meminum racun sianida (cyanida).

Contoh kultus politik yang mutakhir  di Amerika Syarikat ialah Donald Trump.  Pengikut-pengikutnya menganggapnya sentiasa betul; apa juga yang dikata, apa juga yang dibuat.

Mereka menolak semua keputusan sistem perundangan negara sehingga menafikan hakikat kekalahan Trump ketika pilihan raya pemilihan Presiden 2020.

Demi percaya kata-katanya, pada awal tahun 2021, pengikut-pengikutnya telah menyerang  Capitol Hill yang menempatkan Dewan Perwakilan dan Dewan Senat Amerika.

Kita gusar melihat ketaasuban seperti ini mula menular di Malaysia. Akhir-akhir ini,  ketaksuban kepada beberapa pemimpin telah menimbulkan  suasana yang tertentu sehingga  mengganggu-gugat sistem perundangan dan kehakiman negara hatta  ugutan bunuh terhadap pihak tertentu.

Demi kemaslahatan bersama, kita perlu kembali kepada akal waras dan fikiran yang rasional.

Kita berdoa semoga  Allah memelihara kita daripada mentaliti kultus dan  ketaksuban yang melampau.

Dr Omar Yaakob
Ahli Jawatankuasa Pusat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Foto: Britannica

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia