Kukuhkan peranan lelaki dalam keluarga

“Figura seorang bapa adalah amat penting. Dalam kajian menunjukkan, susah untuk kita melihat figura bapa yang sebenar,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga, YB Puan Nor Azrina Surip ketika merasmikan Sembang Santai Hero Keluarga Rahmah.

Menurutnya, kadangkala beliau melihat seseorang anak itu menjadi pincang kerana tidak melihat figura ayah.

“Kerana itulah penting program sebegini untuk kita kembalikan figura bapa yang sebenar,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Merbok.

Program sembang santai tersebut dianjurkan Unit Advokasi Keluarga Rahmah, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama IKRAM Kuala Lumpur, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Hotel De Palma pada Sabtu, 15 Disember lalu.

Program yang dihadiri seramai 150 orang peserta ini diadakan bertujuan mempromosikan lelaki sebagai hero keluarga dan menegaskan kembali bahawa lelaki ini adalah pemimpin kepada kaum perempuan sebagaimana ayat 34 dalam surah an-Nisaa’.

Bagi Pengerusi Unit Advokasi Keluarga Rahmah IKRAM, Hj Nahar Md Nor, beliau berharap melalui program ini, kita dapat bersama-sama menegaskan kembali peranan lelaki.

“Sekiranya sesebuah keluarga tidak berjaya dikemudikan, lelaki sebagai nakhoda perlu bertanggungjawab,” kata beliau.

Beliau juga berharap agar para peserta yang hadir dapat bersama menyebarkan mesej daripada kempen ini dan kaum perempuan juga perlu berperanan untuk menonjolkan lelaki sebagai hero dalam keluarga mereka.

Timbalan Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin turut menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Hero Keluarga Rahmah: Kepentingan Dalam Pembangunan Keluarga’.

“Menurut kajian oleh Dr Scott Allison, terdapat dua faktor mengapa seorang bapa menjadi hero dalam keluarga iaitu guru dan mentor yang agung, dan juga bapa sebagai pelindung dan pembekal,” kata beliau.

Tambahnya lagi, seorang bapa akan mengajar perkara-perkara yang tidak diajar oleh ibu terutamanya berkaitan fizikal dan turut menjadi qudwah serta tauladan kepada anaknya serta seorang pelindung.

“Tentunya, seorang bapa akan cuba melindungi keluarga dan jika perlu berkorban, seorang bapa tentunya akan berkorban untuk keluarganya.”

Beliau turut menyeru para lelaki agar menjadi hero bagi membina keluarga yang sejahtera, kuat iman, kuat akhlak dan kuat ekonomi.

Seterusnya Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM , YAA Dato’ Dr Hj Mohd Na’im Hj Mokhtar menyampaikan tajuk ‘Peranan Lelaki Sebagai Hero Keluarga’ yang menekankan peri pentingnya suami sebagai hero berperanan memelihara semua maqasid syariah dalam perkahwinan iaitu menjaga nyawa, agama, akal harta dan keturunan dalam membina rumah tangga yang mawaddah, rahmah dan sakinah.

Program diakhiri dengan sesi Sembang Bernas bertajuk ‘Lelaki Hero, Pembela dan Pelindung Keluarga’ oleh tiga panelis jemputan iaitu Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar atau lebih mesra dengan panggilan Pak Utih, seorang pakar motivasi keluarga, Dr Jeffrey FK Phang, Pengerusi Persatuan Penduduk Petaling Jaya (MyPJ) dan En Krishnan A/L Arumugam, Pengarah Projek IMPAK Nasional, Tamil Foundation.

Ketiga-tiga panelis membuat perkongsian daripada pengalaman masing-masing dalam masyarakat mengenai peranan lelaki dalam pembentukan keluarga sama ada sebagai seorang bapa, suami, anak atau seorang abang/adik.

Dalam pada itu, Pengarah Program, En Mohd Hafiz Abd Hamid membacakan tujuh resolusi yang didapati daripada sembang santai tersebut iaitu:

1. Lelaki dan wanita sama-sama memberikan sumbangan yang signifikan di dalam membangunkan keluarga yang harmoni dan masyarakat yang sejahtera dan adil.

2. Sebagai lelaki, akan berusaha menjadi anak, suami, ayah dan datuk yang akan memimpin, mendidik dan memelihara keluarga agar semua  dapat memainkan peranan sebagai anggota masyarakat yang berjaya.

3. Sebagai Wanita akan sentiasa menyokong suami dan mendidik anak lelaki untuk berperanan sebagai ketua dan ahli keluarga yang bertanggungjawab supaya dapat membangunkan sebuah keluarga Rahmah.

4. Menjadikan agenda memperkukuhkan keluarga sebagai agenda bersama pelbagai lapisan masyarakat ke arah mewujudkan masyarakat yang dinamik, progresif dan sejahtera lagi adil.

5. Anggota keluarga lelaki diperkasakan dengan ilmu jatidiri, kepimpinan dan pengurusan keluarga supaya boleh membuat keputusan yang rasional dan adil sesuai dengan tuntutan agama.

6. Memperhebatkan ‘Kempen Hero dalam Keluarga Rahmah’ yang inovatif dan praktikal secara bersepadu melalui kerjasama semua pihak termasuk badan kerajaan dan bukan kerajaan serta seluruh lapisan masyarakat.

7. Sebarang usaha dan gerakan yang boleh melemahkan institusi keluarga hendaklah dibanteras dengan bersungguh-sungguh melalui badan bertindak dibawah agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia