Kualiti penting, kuantiti juga penting – Presiden

Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata kualiti yang ada memerlukan lebih banyak lagi kuantiti iaitu tenaga manusia yang boleh menggerakkan pelaksanaan kerja-kerja IKRAM yang banyak.

“Dalam IKRAM kita perlu meningkatkan kedua-duanya. Kita mempunyai kualiti tetapi perlukan lebih lagi kuantiti untuk menggerakkan kerja supaya segala tugasan dapat dijalankan dengan sempurna dan dapat meninggalkan kesan yang besar.

“Kita menggunakan fiqh ijtihad iaitu mampu membaca situasi, mempunyai keupayaan berfikir dan boleh membuat keputusan dalam sesuatu perkara.”

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 40 kakitangan ibu pejabat IKRAM dalam majlis Amanat Presiden yang diadakan di Kompleks IKRAM pada tengah hari tadi.

Tambah beliau lagi, membudayakan amalan syura amat penting bagi memperoleh kekuatan ilmu, keupayaan, akademik dan perjuangan.

“Tingkatkan iman, tinggikan azam dan luaskan penglihatan,” ujarnya.

Dr Parid turut menyentuh mengenai IS dan pergolakan antarabangsa masyarakat Islam di beberapa negara.

“Ikhwah di negara Arab perlu berfikir sepanjang masa mengenai kemajuan Islam di sana dan pada masa yang sama menerima tekanan dari anasir luar yang bimbang dengan kebangkitan Islam.

“Mereka juga menerima tekanan maut daripada perisikan musuh Islam peringkat antarabangsa dan berdepan dengan seksaan yang dahsyat,” katanya.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan saguhati kepada kakitangan IKRAM yang baru dikurniakan cahaya mata iaitu Saudara Ibrahim Aizuddin dan juga kepada kakitangan yang meletakkan jawatan iaitu Ustaz Gudrotullah Bijarto, Saudara Wan Muhammad Wan Ibrahim dan Ustaz Muhammad ‘Ashim Alias.

Turut hadir dalam majlis tersebut Naib Presiden IKRAM Hj Zaid Kamaruddin, Setiausaha Agung Hj Nahar Md Nor, Penolong Setiausaha Agung Hj Mohamad Yaakub Idris dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Korporat Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia