KRS Musleh bersama saudara Islam di Sabah

Progam yang bermula dari 13 Mac hingga 22 Mac lepas disertai oleh 32 pelajar lepasan SPM 2010 yang terdiri daripada 10 lelaki dan 22 perempuan bersama 5 orang guru pengiring.

KRS MUSLEH ke SabahAntara tujuan Kembara Dakwah ini ialah merapatkan ukhuwah antara pelajar di Semenanjung dengan saudara Islam di Sabah melalui aktiviti lawatan sambil belajar dan ziarah, mempelajari usaha-usaha dakwah bil hal secara teori dan praktikal khasnya yang telah lama dijalankan oleh organisasi Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah dan Hidayah Centre Sabah serta IKRAM sebagai jururancangnya.

Ia juga diharap dapat memupuk dan meningkatkan tahap kepemimpinan pelajar melalui pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) serta meningkatkan kesedaran sosial melalui program khidmat masyarakat.

Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan khususnya oleh pihak SPI berjalan lancar walaupun sesekali terganggu oleh masalah cuaca dan pengangkutan.

Pada akhir program, para peserta berjaya mengutip pelbagai ilmu kecemerlangan diri seperti pengetahuan berdakwah dalam bentuk yang praktikal. Antara yang penting dalam aspek ini adalah memahami budaya setempat yang harus dikuasai dalam menjayakan misi dakwah terutamanya aspek bahasa.

Dalam hal ini, peserta dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa Dusun namun salah seorang peserta perempuan, Saudari Nur Izzati Hariffin (Al-Amin Bangi) begitu cepat menguasai bahasa ini hingga mendapat pujian Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPN.

Selain berpeluang berinteraksi secara langsung dengan penduduk setempat dalam majlis kenduri dan ziarah, peserta juga memberikan khidmat bimbingan motivasi dan kem solat kepada murid SAR Kampung Tambulion. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mengikuti program ini.

KRS MUSLEH ke SabahSatu lagi pengalaman menarik tercipta apabila peserta lelaki berjaya mengendalikan aktiviti solat Jumaat sepenuhnya di masjid dengan bertugas sebagai khatib, imam dan bilal. Lebih membanggakan apabila bekas pelajar SMI Irsyad Kuantan, Mohd Naufal mampu berkhutbah tanpa merujuk teks tetapi menyampaikannya dalam bahasa yang mudah dengan merujuk ayat-ayat al-Quran dan hadis melalui telefon bimbit sahaja.

KRS MUSLEH ke SabahPeserta juga berpeluang berkongsi pengalaman dengan tokoh-tokoh pendakwah yang berjaya menarik penduduk setempat kepada Islam seperti Ustaz Ramli Daud yang berasal dari Pahang tetapi berjaya mengislamkan hampir 70% penduduk tempat tinggal beliau di Kampung Tempasuk, sedangkan pada asalnya hanya beliau seorang saja beragama Islam di situ. Perkongsian pengalaman juga dilakukan dengan pendakwah-pendakwah muda Hidayah Centre dan penggerak dakwah daripada kalangan ahli-ahli IKRAM Sabah.

Program Kembara Dakwah KRS MUSLEH ini diterajui oleh Ustaz Abd Rahaim Md Isa selaku Pengarah Kembara 2011 manakala pegawai pelawat adalah Pengerusi MUSLEH Bhd sendiri, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia