Krisis Gaza: Dunia Perlu Agresif Hentikan Keganasan Israel

Krisis Gaza: Dunia Perlu Agresif Hentikan Keganasan Israel

1. Dalam beberapa minggu yang terakhir, dunia menyaksikan serangan yang membinasakan ke atas penduduk Palestin yang menuntut kepada tindakan yang mendesak.

Kami terkesan dengan perasaan yang sangat mendalam dan cemas dengan peristiwa yang berlaku di Gaza.

Kami bersolidariti dengan rakyat Palestin, yang telah menanggung lebih tujuh dekad penindasan Israel, pemerintahan aparteid, penjajahan ketenteraan, pembunuhan serta perampasan harta, tanah dan ladang.

2. Rayuan kami yang paling utama adalah memperjuangkan panggilan sedunia untuk semua pihak yang terlibat melaksanakan gencatan senjata, menghentikan peperangan dengan segera dan membebaskan tawanan.
Pihak tentera Israel terutamanya, perlu menghentikan segala bentuk serangan dan pembunuhan di hospital dan kawasan sekitarnya, sekolah, masjid, gereja dan kediaman awam.

Tanpa mengira agama atau etnik, kami tetap teguh dengan kepercayaan bahawa setiap jiwa mempunyai hak untuk hidup dengan aman.

Kematian dan kesengsaraan penduduk awam yang tidak bersalah dalam konflik ini merupakan hakikat yang memilukan dan mendorong kami untuk bertindak.

3. Keganasan yang menjadi-jadi yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap penduduk awam sangat tidak dapat diterima berdasarkan prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang mesti dipatuhi, bahkan dalam situasi konflik sekalipun.

Keadaan kekacauan inilah yang memaksa kami mendesak semua pihak terutama pemerintah di negara-negara yang berpengaruh dan punya rasa kemanusiaan untuk bersatu menuntut peperangan ini dihentikan dan gencatan senjata dilaksanakan secepat mungkin di Gaza bagi mencegah pembunuhan lebih banyak nyawa yang tidak bersalah.

4. Sejak tarikh 7 Oktober 2023, sekurang-kurangnya 14,854 jiwa, termasuk 6,150 kanak-kanak dan 4,000 wanita telah terkorban dalam tempoh lebih sebulan akibat serangan Israel di Gaza daripada sumber Kementerian Kesihatan Palestin dan Palestine Red Crescent Society (pada pukul 1.29 pagi, 24 November 2023). Semua ini menegaskan lagi situasi kemanusiaan yang amat genting di sana.

5. Sangat penting untuk kita bersatu dengan satu visi, satu identiti dan satu komuniti untuk memperjuangkan kelestarian kemanusiaan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan menjunjung tinggi pemeliharaan nyawa manusia.

6. Kami juga menyeru kerajaan Malaysia untuk mengenakan tekanan diplomasi bagi mendesak kerajaan-kerajaan yang berkaitan untuk menghentikan pembiayaan peperangan, penindasan dan bekalan senjata yang berterusan, serta mengambil sikap menentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

7. Sebagai tindak balas segera terhadap krisis kemanusiaan, kami merayu bantuan dalam bentuk bekalan perubatan, sokongan psikologi untuk kanak-kanak yang terjejas oleh perang dan pembukaan segera sempadan untuk aliran lancar tanpa halangan sumber-sumber penting seperti makanan, air dan bahan api.

8. Menyedari kepentingan sokongan kewangan, kami menggalakkan sumbangan melalui badan amal yang diakui dan dipercayai yang telah secara aktif menyumbang kepada usaha bantuan kemanusiaan di Gaza. Akhirnya, kami akan terus mengingati Gaza dalam setiap doa kami.

Disokong oleh organisasi berikut:

1. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
2. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
3. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
4. Aliran
5. BERSIH 2.0
6. Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia GBSM
7. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
8. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)
9. Social & Economic Research Initiative
10. Pusat KOMAS
11. Engage
12. Pertubuhan Arus Bakti
13. Bait Al Amanah (House of Trust)
14. Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP)
15. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
16. Association of NexGen Christians of Malaysia (ANCOM)
17. Pertubuhan Seni Silat Petir Warisan Sheikh Dada
18. Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN)
19. Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA)
20. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
21. Majlis Belia Negeri (MBN) Negeri Sembilan
22. Persatuan Halfway Home For Furly Strays
23. Pertubuhan Kebajikan Adiwarna Johor
24. Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia (Tamil Foundation)
25. G25 Malaysia
26. Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia
27. Malaysians Against Pornography
28. Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI)
29. Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI)

Nota:

1. Kini sedang berlaku gencatan senjata di Gaza bermula 24 November lalu sebagai jeda kemanusiaan dan pertukaran tawanan dan tahanan antara Hamas dan Israel.

2. Kenyataan media ini juga ditandatangani oleh lebih 200 individu yang prihatin dengan peperangan yang berlaku di Gaza.

 

[ENGLISH VERSION]

Crisis in Gaza: The World Urgently Needs to Halt Israeli Aggression

1. In recent weeks, the world has witnessed devastating attacks on the Palestinian population which demand immediate action. We are deeply perturbed by the events unfolding in Gaza. We stand in solidarity with the Palestinian people, who have endured over seven decades of Israeli oppression, apartheid rule, military occupation, mass murder and the confiscation of land and property.

2. Our primary appeal is for the championing of a global call for all involved parties to implement an immediate ceasefire, halt the war and release hostages. Israeli forces, especially, must cease all forms of attacks and killings in hospitals and surrounding areas, schools, mosques, churches, and civilian residences. Regardless of religion or ethnicity, we remain steadfast in the belief that every life has the right to live in peace. The deaths and suffering of innocent civilians in this conflict are a painful reality that compels us to act.

3. The heightened violence dispensed by Israel against civilians is utterly unacceptable in light of international human rights obligations which should be upheld even in conflict situations. This chaos renders it imperative for us to urge all parties, especially governments in influential and humanitarian nations, to unite in demanding an end to this war and the immediate implementation of a ceasefire in Gaza to prevent more innocent lives to be taken.

4. Tragically, since October 7, 2023, at least 14,854 lives, including 6,500 children and 4,000 women, have been lost in over a month due to Israeli attacks in Gaza, according to the Palestinian Ministry of Health and the Palestine Red Crescent Society (at 1.29 am on 24th November 2023). All this highlights the extremely urgent humanitarian situation.

5. It is crucial for us to unite with one vision, one identity, and as one community to advocate for the preservation of humanity as Malaysians who love peace and value the preservation of human life.

6. We also call on the Malaysian Government to exert diplomatic pressure on all relevant governments to cease funding of the ongoing war and the continuous supply of weapons, taking a stand against the atrocities committed by Israel in Palestine.

7. In immediate response to the humanitarian crisis, we appeal for assistance in the form of medical supplies, psychological support for children affected by war, and the immediate opening of borders for the unimpeded flow of essential resources such as food, water, and fuel.

8. Recognising the importance of financial support, we encourage donations through credible and trusted charities actively contributing to Gaza’s humanitarian relief efforts. Finally, we will continue to keep Gaza in our every thought and prayer.

Endorsed by the following organisations:

1. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
2. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
3. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
4. Aliran
5. BERSIH 2.0
6. Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia GBSM
7. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
8. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)
9. Social & Economic Research Initiative
10. Pusat KOMAS
11. Engage
12. Pertubuhan Arus Bakti
13. Bait Al Amanah (House of Trust)
14. Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP)
15. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
16. Association of NexGen Christians of Malaysia (ANCOM)
17. Pertubuhan Seni Silat Petir Warisan Sheikh Dada
18. Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN)
19. Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA)
20. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
21. Majlis Belia Negeri (MBN) Negeri Sembilan
22. Persatuan Halfway Home For Furly Strays
23. Pertubuhan Kebajikan Adiwarna Johor
24. Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia (Tamil Foundation)
25. G25 Malaysia
26. Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia
27. Malaysians Against Pornography
28. Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI)
29. Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI)

Note:

1. Currently, a ceasefire is in effect in Gaza since November 24th, serving as a humanitarian pause for the exchange of prisoners and detainees between Hamas and Israel.

2. This media statement is also endorsed by over 200 individuals concerned about the ongoing war in Gaza.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia