Krisis ekonomi meruncing, PM Sri Lanka letak jawatan

Krisis Ekonomi Meruncing PM Sri Lanka Letak Jawatan

Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa meletakkan jawatannya pada Isnin, sebagaimana diumumkan jurucakapnya di tengah-tengah pertempuran ganas di ibu negara, Colombo.

Pertempuran tersebut berlaku antara penyokongnya dan penunjuk perasaan antikerajaan yang menyebabkan 78 orang cedera. 

Kerajaan perpaduan baharu

Jurucakap Rohan Weliweta berkata, Mahinda yang berusia 76 tahun telah menghantar surat peletakan jawatan kepada adiknya iaitu Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa hingga membuka ruang kepada pembentukan kerajaan perpaduan baharu.

Dalam pada itu, polis Sri Lanka melaporkan bahawa seorang ahli parlimen daripada parti kerajaan menembak mati seorang penunjuk perasaan antikerajaan dan kemudian membunuh diri semasa konfrontasi di luar ibu negara.

Amarakirthi Atukalala melepaskan tembakan dan mencederakan dua orang yang menghalang keretanya di bandar Netambua, hingga menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia akibat cedera parah.

Insiden itu berlaku ketika beribu-ribu orang turun ke jalan di seberang pulau yang dikawal perintah berkurung, mensasarkan penyokong Perdana Menteri.

Sebelumnya, penyokong setia Rajapaksa telah merobohkan khemah dan sepanduk yang didirikan penunjuk perasaan antikerajaan yang berkhemah di luar kediaman rasmi Presiden sejak 9 April lalu.

Protes terhadap PM

Pada Ahad, puluhan rakyat memprotes Perdana Menteri negara itu semasa lawatannya ke sebuah kuil Buddha di bandar Anuradhapura, 200 kilometer ke utara Colombo.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk tulisan tangan dan melaungkan slogan menyeru agar menghalang ‘pencuri’ daripada memasuki kota tersebut.

Mahinda berdepan kritikan dan cemuhan tajam pada Ahad dalam tindakan pusingan pertamanya sejak tragedi tercetus di seluruh negara itu, yang menuntut peletakan jawatan anggota kerajaan yang rapat dengannya berikutan krisis ekonomi yang semakin meruncing.

Penderitaan yang ketara

Berikutan itu juga, gangguan bekalan elektrik dan kekurangan makanan, bahan api serta ubat-ubatan yang teruk terjadi selama berbulan-bulan telah menyebabkan penderitaan yang meluas di seluruh pulau itu, hingga tercetusnya kelembapan ekonomi yang paling teruk pernah berlaku.

Anggota Pasukan Petugas Khas yang bersenjata lengkap dikerahkan ketika polis bergerak untuk membuka jalan bagi konvoi enam kenderaan Mahinda. 

Selain itu, orang ramai menutup banyak jalan utama negara sebagai protes terhadap kekurangan gas memasak, petrol dan diesel.

Sebaliknya, Kementerian Pertahanan menganggap dalam satu kenyataannya bahawa penunjuk perasaan itu berkelakuan provokatif dan mengancam serta mengganggu perkhidmatan awam.

Justeru, kerajaan negara itu mengenakan amaran darurat dan memberikan kuasa menyeluruh kepada tentera untuk menangkap dan menahan para penunjuk perasaan pada Jumaat, selepas kesatuan sekerja membawa negara itu ke dalam keadaan berjaga-jaga untuk mendesak Perdana Menterinya segera berundur.

Tarik balik darurat

Pegawai kesatuan Ravi Komodic berkata, beliau akan menggerakkan pekerja sektor awam dan swasta untuk menyerbu parlimen negara jika ia disambung semula pada 17 Mei.

“Kami juga meminta kerajaan menarik balik keadaan darurat, kerana (perkara ini) bukan penyelesaian,” kata Komodic dalam satu kenyataan.

Apa yang mereka desakkan ialah pengunduran Perdana Menteri dan kabinetnya.

Perdana Menteri itu tidak muncul di khalayak ramai sejak puluhan ribu rakyat cuba menceroboh rumah persendiriannya di Colombo pada 31 Mac lalu.

Lawatan Mahinda ke Anuradhapura adalah sebahagian daripada aktiviti keagamaan yang diamalkan oleh keluarga pemerintah kerana ia berpegang teguh pada kuasa di negara yang majoritinya beragama Hindu.

Media tempatan melaporkan ‘perawat’ peribadi Presiden, Gnana Akka menghantar air dalam botol ke tapak protes dengan harapan pergerakan itu akan bersurai.

Laporan lain mengatakan bahawa Shiranthi, isteri Perdana Menteri mengunjungi sebuah kuil Hindu untuk meminta bantuan Tuhan untuk memastikan keluarganya tetap berkuasa.

Sebagaimana yang dilaporkan media, Presiden itu telah meminta abangnya Mahinda berundur dalam usaha membuka jalan kepada kerajaan perpaduan untuk mengatasi krisis di Sri Lanka.

Tetapi parti pembangkang terbesar negara itu telah mengumumkan bahawa ia tidak akan menyertai mana-mana kerajaan yang diketuai oleh ahli keluarga Rajapaksa.

Krisis ekonomi yang teruk

Bahagian keselamatan negara itu turut menyatakan bahawa ini adalah krisis ekonomi Sri Lanka yang paling teruk sejak kemerdekaan negara itu pada 1948, yang meletus selepas pandemik Covid-19, menyebabkan penurunan ketara dalam penerimaan pelancong dan kiriman wang daripada ekspatriat.

Sri Lanka mengumumkan pada 12 April lalu bahawa ia akan menangguhkan bayaran hutang luar negaranya sebanyak USD51 bilion.

Menteri Kewangan, Ali Sabri turut memberi amaran bahawa negara mungkin mengalami krisis untuk dua tahun lagi dan akan menghadapi krisis ekonomi yang teruk, hingga memburukkan lagi penderitaan penduduk pulau Asia Selatan itu.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia