KPN, IKRAM Bincang Indeks Malaysia Negara Rahmah

KPN, IKRAM Bincang Indeks Malaysia Negara Rahmah | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Telah berlangsung mesyuarat antara Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia di Ibu Pejabat IKRAM di sini pada Isnin.

Mesyuarat ini bertujuan berbincang berkenaan kajian kesejahteraan dan kesepaduan berdasarkan Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Perbincangan tersebut adalah susulan daripada pembentangan IMNR oleh IKRAM kepada Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang di Parlimen pada 7 Mac lalu.

Dalam mesyuarat itu, KPN dan IKRAM saling memberikan input berkaitan IMNR melalui beberapa ciri yang boleh mengukur tahap kesejahteraan dan kesepaduan rakyat. 

“IKRAM sebagai rakan strategik Kementerian Perpaduan Negara komited dalam berkongsi dapatan dan menjayakan usaha-usaha dalam menambah baik aspek perpaduan rakyat,” kata Naib Presiden IKRAM, Prof. Dr Hanim Salleh.

Hadir dalam mesyuarat itu Ahli JKP IKRAM, En Mohammad Abdul Hamid, En Mohd Iqbal Hakim Adnan dan En Anas Hasbullah daripada Jabatan Agenda Nasional serta pegawai penyelidik Kajian Dasar IKRAM (KADRI), Dr Maisarah Tajudin dan Cik Siti Zaharah Yahya.

Ahli JKP IKRAM, Hj Ainullotfi Abdul Latif turut hadir ke mesyuarat tersebut secara dalam talian. 

Manakala Kementerian Perpaduan Negara pula diwakili Setiausaha Bahagian Perhubungan, Masyarakat Dr Ang Li Ling, Ketua Penolong Setiausaha, En Mohd Rizal Nawabjam dan Penolong Setiausaha, En Muhammad Ismail Aminuddin.

Dalam pada itu, Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin turut menyantuni kehadiran para pegawai Kementerian Perpaduan Negara ke Ibu Pejabat IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia