Kos Operasi Masyair Kekal Hingga 2025 – Tabung Haji

MAKKAH – Kos operasi Masyair kekal hingga 2025 selepas Tabung Haji (TH) dan syarikat muassasah, Mashariq menandatangani kontrak perjanjian aras khidmat (SLA) selama tiga tahun bermula tahun ini.

Operasi Masyair adalah kemuncak kepada keseluruhan operasi haji yang melibatkan pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Mina, Muzdalifah dan Makkah selama lima hari bermula 8 hingga 13 Zulhijjah bagi  menyempurnakan ibadah rukun dan wajib haji.

Tanpa mendedahkan jumlah kos berkenaan, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, perjanjian itu antaranya melibatkan keselesaan khemah di Arafah dan Mina, kemudahan tandas, kualiti sajian, kelancaran pergerakan bas serta waktu melontar di Jamrah.

“Dalam usaha TH menangani kenaikan kos setiap tahun yang dihadapi, inilah antara usaha kita memasuki kontrak untuk jangka masa panjang bukan dalam bentuk tahunan.”

“Ia dapat mengawal dari segi kenaikan kos kerana kos yang telah dimeterai bersama ini adalah satu harga yang ditetapkan untuk tiga tahun, harganya sama untuk ketiga-tiga tahun tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis taaruf rombongan haji Malaysia dengan syarikat Mashariq bagi musim haji 1444 Hijrah di sini.

Bagaimanapun, Syed Saleh menjelaskan, kos operasi Masyair itu hanya sebahagian daripada kos keseluruhan haji yang turut meliputi pembiayaan lain seperti penginapan, penerbangan selain bayaran wajib kepada kerajaan Arab Saudi.

Sementara itu, Pengerusi Mashariq, Adnan Hussain Mandourah berkata, syarikat tersebut akan berkerja sebagai satu pasukan dengan TH untuk berkhidmat kepada jemaah Malaysia.

“Kami meletakkan tekanan kepada diri sendiri untuk menjadikan perkhidmatan tersebut lebih baik dan semakin baik melebihi jangkaan daripada saudara-saudari kita di Malaysia,” katanya.

Sumber: Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia