KoPIM 2016 muafakat perkasakan pendidikan Islam negara

Konvensyen yang bertemakan “Ke Arah Pemuafakatan Pendidikan Islam” telah diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf pada Sabtu 16 Januari lalu di mana Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang menjadi anggota GaPIM diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Prof Dr Omar Yaakob dan Pengarah Eksekutif Pendidikan IKRAM MUSLEH Berhad, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Dihadiri kira-kira 130 peserta, turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf merangkap Penaung GaPIM, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, Penasihat GaPIM, Tan Sri Prof Dr Mohd Kamal Hassan, Presiden GaPIM, Dr Khodori Ahmad serta para Ahli Jawatankuasa GaPIM.

Menurut Tan Sri Kamal, KoPIM dianjurkan bagi merangka langkah seterusnya dalam menghadapi tahun 2016 untuk menuju Wawasan 2020 memandangkan masalah masyarakat negara ini tidak akan dapat diatasi tanpa satu sistem pendidikan yang unggul dan syumul. 

Menggabungkan beberapa pertubuhan serta institusi keagamaan, sekolah tahfiz dan sekolah agama di seluruh Malaysia, GaPIM yakin bahawa pendidikan Islam dapat menyelamatkan manusia yang diracuni oleh pelbagai unsur dari dunia sekular mahupun gejala-gejala mungkar dari dalam negara.

Presiden GaPIM, Dr Khodori Ahmad menjelaskan bahawa perjuangan gabungan tersebut adalah untuk menjadikan Islam sebagai asas pendidikan arus perdana negara serta menjadi suara bagi mengetengahkan isu-isu pendidikan Islam supaya institusi pendidikan Islam dilayan dengan sebaiknya serta diberi hak dari segi undang-undang perlembagaan.

    

Dr Khodori Ahmad, Tan Sri Prof Dr Mohd Kamal Hassan dan Prof Dr Omar Yaakob

Dalam konvensyen tersebut, Prof Dr Omar Yaakob turut membentangkan tajuk “Matlamat dan Kepentingan Pendidikan Islam”. Dalam pada itu, Ustaz Megat Mohamed Amin yang juga Setiausaha Agung GaPIM berkata, penglibatan IKRAM MUSLEH dalam GaPIM adalah bagi menyokong usaha GaPIM mengangkat pendidikan Islam untuk semua dengan memperkasakan kepentingan pendidikan Islam yang kompeten bermula di sekolah.

Dalam KoPIM 2016 ini, sebanyak empat resolusi dicapai iaitu:

1. Mengislah dan memperkasakan pendidikan Islam ke dalam arusperdana pendidikan negara.
2. Meningkatkan perhubungan ukhuwah Islamiah antara kepimpinan organisasi dan ahli NGO-NGO dan institusi pendidikan Islam.
3. Mewujudkan kerjasama yang rapat diantara NGO-NGO dan institusi pendidikan Islam dengan pihak kerajaan dalam membangunkan pendidikan Islam.
4. Menjadikan GaPIM sebuah wadah unggul dalam pendidikan Islam peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Foto konvensyen: http://on.fb.me/1JW1ntM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia