IKRAM jayakan Konvoi #RasuahBusters di Lembah Klang

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) terlibat aktif menyertai pasukan Konvoi #RasuahBusters di Lembah Klang yang bermula pada Khamis.

 

Selain menerima sambutan luar biasa daripada warga Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor, pasukan konvoi menyampaikan mesej antirasuah di setiap lokasi terpilih dan mengadakan aktiviti singgah santun yang dianjurkan secara santai.

 

Pelbagai acara sukaneka diadakan termasuk pertandingan sepak bola dan permainan dart kepada orang ramai dengan menawarkan hadiah kemeja-T khas Sinar Harian.

 

Selain itu, program Spot and Win juga mendapat perhatian apabila wang tunai diberikan kepada pemilik kenderaan bertuah yang menampal pelekat khas Jelajah Rasuah Busters sempena Konvoi #RasuahBusters.

 

Setelah berlangsung dua aktiviti meriah singgah santun di Pasar Tani MRR2, Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan Stesen KTM KL Sentral, sesi konvoi berakhir dengan program Kafe Rasuah Busters bersiaran secara langsung di Menara Kuala Lumpur.

 

Di lokasi ikonik negara itu, program Kafe Rasuah Busters bersiaran bersama tetamu istimewa iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff yang membicarakan kisah hidupnya iaitu ‘Dari Tabung Haji Ke Gerai Pok Nik’.

 

Sementara itu, Yang Di-Pertua IKRAM Putrajaya, Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria menyokong penuh usaha Rasuah Busters menganjurkan Konvoi #RasuahBusters yang sememangnya tepat untuk menyampaikan mesej secara santai kepada masyarakat.

 

Kata beliau yang turut hadir pelancaran konvoi di Masjid Tuanku Sultan Mizan, usaha seumpama itu perlu diteruskan berdasarkan gejala rasuah yang semakin membarah dalam masyarakat.

 

“Usaha murni ini bukan sahaja perlu digerakkan secara berterusan oleh Rasuah Busters tetapi ia juga perlu mendapat sokongan penuh daripada semua lapisan masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

“Ini kerana kesedaran terhadap amalan rasuah semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Maka semua pihak termasuk institusi kekeluargaan, guru-guru dan institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan masing-masing.

 

“Bagi kami di IKRAM, sokongan 100 peratus akan terus diberikan kepada perjuangan Rasuah Busters,” ujarnya. Sebanyak tujuh buah pemilik motosikal daripada IKRAM menyertai majlis pelancaran Konvoi #RasuahBusters.

 

Konvoi hari kedua diteruskan di Malakat Mall (Cyerjaya) dan Kompleks Sate Kajang Haji Samuri, diikuti dengan Pasar Awam Tanjung Karang, Medan Selera Tonggak 9, Sungai Besar, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, Pasar Jerami Dalam Sawah, Pasar Pagi Tanjung Karang dan NZ Curry House pada hari ketiga.

 

Pada hari keempat pula, konvoi diteruskan di perkarangan Pasar Tani Stadium Shah Alam, Masjid Al-Falah Kampung Jenjarom, Kampung Kanchong Darat dan seterusnya Dataran Pantai Morib sebagai destinasi terakhir di Lembah Klang.

 

Sumber: Sinar Harian

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia