Konvoi #RasuahBusters bermula esok

SERI KEMBANGAN – Siri jelajah seluruh negara menerusi Konvoi #RasuahBusters akan bermula esok, 9 Disember hingga 1 April 2022, sebagai solidariti tentangan terhadap isu rasuah.

 

Dalam jelajah ini, pasukan Rasuah Busters bersama lebih 400 ahli gabungan akan turut serta dalam menyampaikan mesej kesedaran antirasuah mengikut bidang perjuangan organisasi masing-masing.

 

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, siri jelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak ini bersempena Hari Antirasuah Antarabangsa yang disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 9 Disember.

 

Katanya, Konvoi #RasuahBusters akan memulakan destinasi pertamanya di beberapa lokasi di Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi bertemu masyarakat setempat dan para pemegang taruh kepimpinan negara.

 

Menurutnya, Konvoi #RasuahBusters merupakan manifestasi komitmen rakyat bagi memerangi rasuah dengan menyampaikan mesej pendidikan dan kesedaran kepada rakyat di peringkat akar umbi.

 

“Kita seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini tidak seharusnya berputus asa dalam usaha memerangi rasuah kerana perbuatan jijik ini merupakan ‘ibu’ kepada segala kemungkaran,” katanya.

 

Mengulas lanjut mengenai Konvoi #RasuahBusters di Selangor dan Putrajaya, Nurhayati berkata, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang empat hari tersebut termasuk sesi perkongsian rakan gabungan Rasuah Busters, program ‘Spot and Win, pertandingan kuiz serta acara permainan santai.

 

Tambahnya, sokongan penuh daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khususnya daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat terhadap Konvoi #RasuahBusters apabila bersetuju mengadakan program pendidikan bersama masyarakat di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

 

Sementara itu, Ketua Penyelaras Jelajah Rasuah Busters, Mohd Shafiq Affandy Ali berkata, untuk destinasi pertama iaitu Lembah Klang, antara lokasi-lokasi yang akan dikunjungi ialah Pasar Tani MRR2, Kampung Pandan; Kuala Lumpur Sentral, Menara Kuala Lumpur; Malakat Mall, Cyberjaya; Pasar Pagi Tanjung Karang; Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam dan Dataran Pantai Morib.

 

Katanya, di samping menyebarkan mesej kesedaran tentang rasuah dan pelbagai aktiviti menarik, Konvoi #RasuahBusters akan mengedarkan pelitup muka edisi khas dan plakad Rasuah Busters kepada orang ramai di lokasi-lokasi yang ditetapkan.

 

“Menerusi Konvoi #RasuahBusters, kami bergabung tenaga bersama orang ramai agar rasuah dapat dihapuskan demi kestabilan generasi akan datang,” katanya.

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) turut memberikan sokongan padu terhadap segala kempen #RasuahBusters dalam menyebarkan kesedaran bahaya rasuah dalam kalangan rakyat, pemimpin setempat dan negara.

 

NGO MyIKRAM Bikers (MIB) turut menyertai Konvoi #RasuahBusters yang akan bermula esok di Masjid Tuanku Sultan Mizan, Putrajaya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia