Konvoi Motosikal Besar ‘Gegar’ Pelancaran SBK 2022

Konvoi Motosikal Besar ‘Gegar’ Pelancaran SBK 2022 | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Konvoi Amal Perpaduan bersama kira-kira 20 buah motosikal besar berkuasa tinggi oleh MyIKRAM Bikers ‘menggegarkan’ majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK 2022) pagi tadi di hadapan Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), di sini.

Konvoi ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang sambutan ini dan membantu mereka yang memerlukan di lokasi-lokasi persinggahan di Semenanjung Malaysia.

Menurut Setiausaha MyIKRAM Bikers, Mohd Kamal Ariffin Bunyamin, konvoi hari ini akan menuju Zon Utara, iaitu Simpang Pulai, Jitra dan Perlis, seterusnya Pulau Pinang dan Perak pada keesokannya.

“Konvoi hari ini diketuai oleh MyIKRAM Bikers dan disertai rakan-rakan daripada TM Bikers, UKM Bikers, dan di Johor nanti akan disertai oleh MyCARE Johor Bikers,” katanya.

Jelasnya, peserta konvoi akan mengedarkan risalah, stiker SBK 2022 dan juga bendera Malaysia untuk memberikan kesedaran tentang sambutan ini kepada orang ramai dan juga penunggang-penunggang motosikal lain sepanjang perjalanan.

Selain Zon Utara, konvoi ini dijadualkan menuju Zon Selatan (20 Ogos) dan Zon Timur (10 September), seterus berakhir di Zon Tengah pada 16 September dalam acara kemuncak sambutan, Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) di Universiti Teknologi (UTM) Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan IKRAM Malaysia, Hj Kamsani Nasir berkata, pihaknya menjadi penyalur dana bagi konvoi tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan di lokasi-lokasi persinggahan.

“Kita memperuntukkan hampir RM100,000 untuk disumbangkan kepada mereka yang berkeperluan di tempat-tempat persinggahan yang akan dilalui oleh bikers ini,” tambahnya.

Jelas beliau, untuk permulaan, yayasan tersebut telah menyalurkan RM13,000 untuk menyediakan keperluan-keperluan yang bersesuaian untuk diberikan kepada para penerima bantuan.

Konvoi Amal Perpaduan dilepaskan oleh Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin selepas selesai menyampaikan ucapan perasmian pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK 2022) secara dalam talian.

Dalam ucapannya, beliau berkata, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berasaskan idea kefahaman Islam yang syumul dalam konteks realiti Malaysia, kepentingan perpaduan dari perspektif realiti Malaysia dan aspirasi Islam ini adalah salah satu prioriti utama IKRAM.

“Visi IKRAM ialah ‘Malaysia menjadi Negara Rahmah.’ Antara kriteria Negara Rahmah yang disebutkan IKRAM ialah Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni, Agihan Kekayaan yang Saksama, serta Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara,” jelasnya.

Menurut beliau, kesemua kriteria ini berkait rapat dengan elemen perpaduan nasional di Malaysia, kerana hubungan yang tidak harmoni, agihan kekayaan yang bermasalah dan ancaman terhadap kebajikan rakyat, kesemuanya adalah ancaman terhadap perpaduan nasional.

Katanya lagi, IKRAM mengalu-alukan masyarakat keseluruhannya untuk bersama-sama dalam menjayakan Sambutan Bulan Kebangsaan ini.

“Semoga dengan penglibatan dalam inisiatif ini menjadi satu detik perpaduan yang membantu ke arah usaha-usaha penyatupaduan menuju kepada perpaduan yang diidam-idamkan,” ujarnya.

Majlis Pelancaran SBK 2022 turut diserikan dengan lagu jingel perpaduan Teguh Bersama, bual bicara aktiviti sambutan dan kuiz merdeka dengan hadiah e-wallet terkumpul RM300, yang dihoskan Teo Ann Siang.

Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 merupakan program memupuk perpaduan anjuran IKRAM dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan lebih 20 NGO, bermula 1 Ogos hingga 16 September ini dengan pelbagai acara menarik.

Info lanjut sambutan boleh dilayari di pautan https://linktr.ee/teguh_bersama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia