Konvoi Amal Perpaduan di Tiga Negeri Zon Selatan

Konvoi Amal Perpaduan di Tiga Negeri Zon Selatan | IKRAM

JOHOR BAHRU – Sebanyak 39 motosikal berkuasa tinggi bersama 50 penunggang daripada MyIKRAM Bikers dan Johor Bikers telah menjelajah negeri-negeri selatan tanah air pada Sabtu lalu.

Konvoi Amal Perpaduan Zon Selatan itu bermula di Kompleks IKRAM Johor di sini dan meneruskan perjalanan ke enam lokasi persinggahan.

Konvoi Amal Perpaduan di Tiga Negeri Zon Selatan | IKRAM

Lokasi-lokasi tersebut ialah Simpang Renggam, Plaza Tol Bukit Gambir, Parit Jawa di Muar, Tanjung Kling di Melaka, Kampung Kepis Johol di Negeri Sembilan dan berakhir di Parit Raja, Batu Pahat pada Ahad.

Di setiap lokasi persinggahan, peserta konvoi akan menyerahkan sumbangan kepada golongan B40 yang telah dikenal pasti dalam bentuk barangan dapur dan juga tunai yang ditaja bersama oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), MyCARE dan Yayasan Ikram Malaysia. 

Peserta konvoi turut mengambil peluang beramah mesra dengan masyarakat setempat dalam usaha menyemarakkan kempen kesedaran tentang Bulan Kebangsaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan ahli komuniti.

Selain Zon Selatan, konvoi ini telah menjelajah dua zon lain iaitu Zon Utara (6-7 Ogos) dan Zon Timur (20-21 Ogos).

Konvoi Amal Perpaduan diadakan bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 anjuran IKRAM dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) bermula 1 Ogos hingga 16 September.

Lokasi terakhir konvoi dijangka berada di UTM Kuala Lumpur dalam Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) 2022 pada Jumaat, 16 September ini, program kemuncak sambutan yang menyediakan pelbagai acara menarik. Info lanjut boleh dilayari di pautan https://karnivalkami.com

Lagi foto konvoi, klik di sini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia