Aktiviti konvoi bermula dengan penyampaian sumbangan untuk fakir miskin di Masjid Bayan Baru yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon dan Yang Dipertua IKRAM Barat Daya, Tuan Haji Taufek Abdul Rahman.
Selepas pelepasan Konvoi Amal i-Bantu oleh YB Dato’ Rashid pada jam 11 pagi, peserta konvoi bergerak ke Masjid Titi Teras di Balik Pulau dan bergotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan masjid tersebut.
Seusai membersih kawasan perkuburan, peserta konvoi bergerak ke Masjid Pulau Betong dan sekitarnya bagi menyampaikan sumbangan untuk fakir miskin. Setelah sesi muhasabah dan solat Zohor di sana, konvoi bergerak ke destinasi terakhir iaitu Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Itqan di Teluk Kumbar.
Peserta konvoi disambut oleh Pengetuanya, Muallim Soleh Senafi dan berkesempatan mendengar peringatan ringkas beliau yang menyentuh antaranya kepentingan menjaga keikhlasan amal, pentingnya tarbiah dalam menjaga ikhlas dalam beramal, pentingnya liqa (usrah), dan jika lalai akan menyebabkan timbulnya futur dan terhasilnya fitnah.
Semoga konvoi amal ini dapat menyumbang bakti untuk masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini, insya-Allah.
Sumber: http://bit.ly/1HhvrLt
Foto: http://on.fb.me/1ILvjpW