Konsisten Subuh berjemaah dapat basikal

Program anjuran IKRAM Kawasan Tumpat dengan kerjasama Masjid Putra, Surau Juhara dan Masjid Al-Ulaa di sini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Hj. Ahmad Yakob pada Jumaat, 14 Julai lalu.

Majlis anugerah yang bertujuan menggalakkan kanak-kanak bawah 12 tahun bersolat Subuh berjemaah di masjid telah berlangsung sempena Jamuan Perdana Aidilfitri IKRAM Kawasan Tumpat bersama penduduk Taman Desa SBJ Putra dan taman-taman sekitarnya.

Menurut Dato’ Ahmad dalam ucapannya, anugerah yang julung kali diadakan ini adalah antara usaha terbaik dalam mendidik kanak-kanak mencintai masjid.

“Saya mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka hingga sampai ke peringkat tersebut,” katanya.

Tambah beliau, anugerah ini wajar diperluaskan ke seluruh Kelantan dan boleh juga diadakan di peringkat dewasa bagi mendidik orang ramai berjemaah di masjid.

Menurut YDP IKRAM Kelantan, Dr. Mohd Sharani Mohd Naim, pihaknya mendapat ins­pirasi daripada contoh yang dilakukan kerajaan Turki apabila menghadiahkan basikal kepada remajanya yang komited solat berjemaah di masjid selama 40 hari.

“Bangun solat Subuh berjemaah bukan perkara mudah dan kita sanjung tinggi para ibu bapa yang memainkan peranan pen­ting memastikan anak-anak da­tang ke masjid sekali gus membina gene­rasi rabbani.”

Tambahnya, IKRAM berhasrat untuk meluaskan lagi program ini ke daerah lain pada tahun hadapan selain menambah kategori peserta dan hadiah yang ditawar.

Pengerusi Ja­wa­tankuasa Masjid Putra, Ustaz Abd. Rashid Abd. Lateh berkata, pada peringkat awal penyertaan adalah melebihi 100 orang tetapi sedikit demi sedikit ‘gugur’ di pertengahan jalan.

“Setiap peserta yang terlibat diberi kad kedatangan yang perlu ditandatangani setiap pagi oleh ibu bapa dan ahli jawatankuasa masjid yang bertugas.”

“Akhirnya seramai 57 peserta iaitu 44 lelaki dan 13 perempuan yang telah berjaya,” jelasnya.

Beliau berharap latihan sepanjang Ramadan ini akan mendidik anak-anak ini supaya terus istiqamah datang ke masjid.

Turut hadir dalam majlis itu Timbalan Ketua Wanita IKRAM Kelantan, Dr. Zaharah Sulaiman.

Sumber: FB IKRAM Tumpat | Harakah | Utusan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia