Kompleks IKRAM: Permaidani siap dipasang, perabot sampai

“Seterusnya pada minggu ini, mereka akan memasang perabot,” demikian ujar Penolong Setiausaha Agung IKRAM, Hj Mohamad Yaakub Idris mengenai status terkini projek pengubahsuaian Kompleks IKRAM yang baharu di sini.

Sebelum ini, beliau juga dimaklumkan bahawa perabot dijangka sampai hari ini (Isnin).

“Dan ia memang sudah sampai pagi tadi. Itu sasaran kerja mereka, dan alhamdulillah sangat menepati.”

Beliau berkata, sehingga kini proses pengubahsuai kompleks IKRAM ini berjalan dengan lancar sebagimana yang dirancangkan.

“Jadi sasaran kita pada Bulan Ramadan ini, blok 4 dan blok 6, tingkat bawah, tingkat 1 dan tingkat 2 siap dengan pemasangan perabot, permaidani, pendingin hawa dan lain-lain.”

Menurut Mohamad Yaakub, sasaran seterusnya adalah pada minggu pertama Hari Raya AidilfFitri, iaitu 4 Ogos, fasa-fasa seterusnya bermula.

“Insya-Allah, kita akan mulakan pemindahan barang-barang dan kakitangan ke kompleks baharu,” jelasnya.

Berikutan itu, pihak pentadbiran telah diminta menyediakan prasarana struktur yang asas seperti internet dan telefon dengan memohon kepada pihak berkenaan.

“Apa yang diharapkan selepas raya itu nanti, sudah ada kemudahan-kemudahan tersebut.”

Beliau turut memaklumkan bahawa surat pekeliling meminta kakitangan mengemas barang-barang sudah dikeluarkan.

“Kerja-kerja pembinaan ‘lift core’ (rumah lif) sedang giat dibina dan pemasangan dijangka siap pada minggu ketiga bulan September, insya-Allah.”

Pembinaan Kompleks IKRAM tersebut akan menjadikan segala operasi IKRAM berjalan lebih efektif kerana hubungan komunikasi antara kakitangan dapat dipusatkan selain kemudahan yang lebih baik akan membuatkan kakitangan dan ahli-ahlinya berasa lebih selesa.

Antara kemudahan yang disediakan di Kompleks IKRAM yang baharu ini ialah dewan yang berkapasiti agak besar yang boleh memuatkan jumlah orang yang ramai dalam satu masa.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia