Kolaborasi Program Perpaduan: IKRAM Kunjungi JPNIN

Kolaborasi Program Perpaduan: IKRAM Kunjungi JPNIN | IKRAM

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) hari ini melakukan kunjungan hormat ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di sini.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin, Presiden IKRAM yang disambut oleh Ketua Pengarah JPNIN, Dato’ Hajah Norison Ramli bersama pengurusan kanan JPNIN.

Dalam pertemuan itu, Dato’ Norison mengalu-alukan kunjungan IKRAM ke JPNIN dan mengharapkan kerjasama yang berterusan antara kedua-dua pihak dalam menyemarakkan program-program yang menyatupadukan rakyat.

Kedua-dua pihak turut membincangkan kolaborasi pelbagai program antara IKRAM dan Jentera Perpaduan JPNIN dalam meningkatkan usaha mengukuhkan agenda perpaduan nasional.

IKRAM juga melaporkan program-program kolaborasi yang telah diadakan sepanjang tahun 2022 antaranya Sambutan Bulan Kebangsaan dan mencadangkan beberapa program perpaduan yang akan datang.

Delegasi IKRAM turut diwakili Ketua Kluster Perpaduan Nasional, Dr Sabariah Baharun, Ketua Jabatan Agenda Nasional, En Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan dan Pegawai Pejabat Presiden, En Ya Asrul Yaman Kijas.

Pengurusan kanan JPNIN terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) En Zulkifli Hashim, Pn Fairojibanu Zainal Abidin, Pn Norhamidah Gorment, Pn Zarina Zakaria Pengarah dan Pn Irdawati Wagiman.

Foto: JPNIN

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia