KMNR 2023: Isu Dadah, Kemiskinan, OKU dan Lebihan Makanan 

KMNR 2023: Isu Dadah, Kemiskinan, OKU dan Lebihan Makanan

SHAH ALAM – Persidangan selari yang melibatkan 32 pembentangan yang merangkumi kajian dasar, kajian umum, projek komuniti, advokasi atau model solusi antara yang mengisi Konvensyen Malaysia Negara Rahmah (KMNR) yang berlangsung di Ideal Convention Center (IDCC), hari ini. 

Pembentangan ini dibahagikan kepada empat tema besar yang dipilih berdasarkan empat aspek penting dalam Pembangunan Negara Rahmah dan selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030), salah satunya adalah berkaitan Kesejahteraan Keluarga, Pendidikan dan Sosial.

Sidang pertama ini telah dikupas dengan baik oleh Pn Hamidah Hassan (Timbalan Presiden, Malaysian Spinal Cord Injury Advocacy Association – MASSA), Hj Ainullotfi Abdul Latif (Ketua Kluster Masyarakat Progresif, IKRAM), Hjh Faridah Maludin (Ahli Kluster Masyarakat Progresif IKRAM) dan Amar Masuri (Presiden Pertubuhan GEMA Malaysia), dipengerusikan oleh Dr Wardah Mustafa Din.

Hjh Faridah yang membentangkan tajuk ‘Pendekatan Rahmah Menangani Isu Salah Guna Dadah’, mengklasifikasikan penggunaan dadah kepada dua kategori iaitu penyalahgunaan dadah dan penagihan dadah. Semua sedia maklum, dadah telah menjadi musuh nombor satu negara sejak 19 Februari 1983 sehingga kini. 

Oleh yang demikian, IKRAM mengambil peranan aktif untuk membantu mencari solusi dengan memperkenalkan pendekatan rahmah berpaksikan insan.

“Advokasi yang mengetengahkan pendekatan nyah jenayah ini menyeru supaya isu penyalahgunaan dadah yang bukan tegar tidak dihukum dengan penjara dan denda,” ujar beliau. 

“Apa yang dimaksudkan dengan nyah jenayah adalah, pelaku diberikan rawatan sebagai pesakit dan dibimbing agar dapat meninggalkan gejala dadah ini,” tambahnya.

Dalam pada itu Hj Ainullotfi membentangkan tajuk ‘Memperkasa Kehidupan Komuniti Bandar’.

Menurutnya, kaedah pengukuran kemiskinan yang tepat dilihat dapat menggambarkan realiti sebenar kemiskinan yang berlaku dalam sesebuah negara yang akhirnya dapat membantu dalam merangka dasar serta program menoktahkan kemiskinan yang bersesuaian.  

Menurut beliau, pengukuran yang diguna pakai ketika ini adalah berdasarkan pengukuhan unidimensi yang hanya berpandukan kepada faktor kewangan semata tanpa mengambil kira faktor-faktor lain. 

Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahawa kajian yang dilakukan oleh IKRAM ini memberikan penumpuan kepada pengukuran kemiskinan yang komprehensif menggunapakai ‘Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi’.

Mengulas tajuk ‘Keterangkuman OKU dalam Memacu Pembangunan Negara Madani’, Puan Hamidah yang juga merupakan seorang OKU mengetengahkan dua aspek utama yang menjadi halangan besar kepada golongan kurang upaya di Malaysia iaitu sikap masyarakat kepada golongan kurang upaya dan juga persekitaran yang tidak membantu kepada pertumbuhan OKU. 

“Pendekatan bersepadu serta penglibatan golongan OKU secara aktif dalam pelbagai aspek sebelum melaksanakan sebarang inisiatif, pembentukan dasar, akta serta peraturan perlulah diberi perhatian,” ujar beliau. 

Tegasnya, perbincangan yang hanya melibatkan menteri dan jawatankuasa pelaksana dilihat tidak menepati keperluan sebenar golongan ini memandangkan akhirnya, yang merasai segala keperitan untuk meneruskan kelangsungan hidup adalah golongan OKU itu sendiri.

Pembentangan berkaitan ‘Pengurusan Lebihan Makanan di Bazar Ramadan’ yang disampaikan oleh Amar pula menunjukkan pada tahun 2019, Malaysia telah mencatatkan pembaziran makanan tertinggi di dunia. 

“Lebihan 15,000 tan sisa organik dihasilkan di Malaysia setiap hari dan 3,000 tan daripadanya adalah makanan yang masih elok,” terang beliau.

Walaupun pasukan MYSaveFood @ Ramadan 2023 telah menjelajah ke 55 buah bazar Ramadan di seluruh Malaysia bagi membawa misi menyelamatkan makanan-makan daripada membazir, namun angka ini masih lagi sangat kecil jika dibandingkan dengan bilangan sebenar bazar Ramadan di seluruh Malaysia.

“Jalan kami masih panjang dan kerja kami masih banyak, saya menyeru kepada semua yang berminat untuk berkolaborasi dengan kami untuk tampil bersama menghulur bantuan,” kata Amar.

Daripada sesi ini, dapat dilihat bahawa pelbagai masalah rakyat tidak dapat diselesaikan oleh satu pihak sahaja. Semua kerja ini memerlukan penggemblengan tenaga daripada pelbagai pihak sama ada yang membuat dasar sehinggalah kepada rakyat bawahan. 

Perbincangan, libat urus dan penggemblengan tenaga seharusnya terus berlaku supaya lebih banyak lagi isu-isu masyarakat dapat diangkat dan dapat dicarikan solusi yang sewajarnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia