KKM Amat Perlukan Pegawai Dietetik

KKM Amat Perlukan Pegawai Dietetik | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, keperluan pegawai dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangat mendesak.

“Setakat ini, kementerian itu hanya mempunyai seramai 469 orang pegawai dietetik yang berkhidmat di hospital dan klinik kesihatan (KK) di seluruh negara.”

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 353 pegawai ditempatkan di hospital dan KK (89), ibu pejabat KKM (13), sekolah sukan dan hospital angkatan tentera (sembilan) manakala lima lagi cuti belajar.

“Jumlah tersebut tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan di semua 145 hospital dan 651 KK,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Kualiti dan Kajian Pegawai Dietetik kali ke-tiga di sini, pada Selasa.

Menurutnya, ratio semasa adalah satu pegawai dietetik bagi setiap 33 pesakit dan ia sepatutnya 1:10 setiap hari.

“Contohnya,penyakit jarang jumpa dan kanser, pesakit tidak boleh mengambil makanan sewenang-wenangnya dan memerlukan nasihat pakar dietetik,” 

Dalam pada itu, dengan trend pemakanan yang membimbangkan dan penyakit jarang jumpa (rare diseases), KKM membuat permohonan pertambahan bagi jawatan tersebut.

“Kementerian dalam proses memohon pertambahan jawatan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menampung keperluan itu,” kata Noor Azmi.

Bagi mengatasi keperluan itu, beliau berkata, pegawai dietetik yang ditempatkan di sesebuah hospital turut melakukan lawatan ke hospital dan KK yang tidak mempunyai pegawai dietetik.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia