Kisah yang membuatkan Umar menangis

Umayyah al-Kinany seorang yang terkemuka dalam kalangan kaumnya. Dia mempunyai seorang anak lelaki bernama Kilab.

 

Kilab berhijrah ke Madinah pada zaman Umar bin al-Khattab radiallahuanhu (RA) menjadi khalifah. Selepas beberapa ketika berada di Madinah, beliau bertemu dengan Talhah bin Abdullah dan Zubair bin al-Awwam dan bertanya kepada kedua-duanya, apakah amalan yang paling afdal dalam Islam? Mereka menjawab, “Jihad”.

 

Kilab mengadap Umar, memohon untuk menyertai jihad.

 

Umar RA menghantarnya untuk bergabung dengan angkatan tentera Islam di Parsi. Apabila keputusan itu diketahui oleh ayahnya, Umayyah al-Kinany, ayahnya berkata kepada Kilab:

 

“Jangan tinggalkan ayah dan ibumu yang telah tua dan lemah. Ayah dan ibu memeliharamu semasa kamu kecil, tetapi apabila ayah dan ibumu berhajat kepadamu, engkau tinggalkan mereka berdua.”

Kilab menjawab, “Aku tinggalkan anda berdua untuk menyertai sesuatu yang lebih baik untukku.”

 

Kilab berangkat ke medan juang selepas ayahnya menyetujui pemergiannya. Setelah sekian lama berada di medan jihad, ayah dan ibu telah mula merindui anak kesayangan mereka.

 

Pada suatu hari, kedua-duanya duduk di bawah bayangan pohon kurma. Tiba-tiba mereka terpandang seekur burung merpati bermain-main dengan anaknya. Burung itu terbang pergi dan datang kembali. Melihat situasi itu, ayah yang tua itu menangis. Ibu yang melihat si ayah menangis turut menangis sama.

 

Masa berlalu, ayah semakin menginjak tua, penglihatannya kian lemah dan kabur.

 

Sekian lama menanti, anak kesayangan tidak kunjung pulang, Umayyah datang bertemu Umar RA di masjid. Dia berkata: “Demi Allah wahai Ibn al-Khattab, sekiranya engkau tidak mengembalikan anakku kepadaku, aku akan mendoakan kecelakaanmu di tanah-tanah tinggi.”

 

Umar RA mengutus surat mengarahkan Kilab supaya pelang ke Madinah. Kilab kembali ke Madinah. Beliau terus mengadap Umar.

 

Umar bertanya, “Sejauh mana baktimu kepada ayahmu?”

 

Kilab berkata, “Aku mengutamakannya dan mengendalikan urusannya. Apabila aku hendak memerah susu untuknya, aku pergi ke kandang unta, aku membelai unta yang aku hendak perah susunya, aku rehatkannya sehingga dia tenang. Aku basuh teteknya sehingga ia sejuk. Kemudian barulah aku perah susunya dan memberi ayahku minum.”

 

Umar memanggil Umayyah datang mengadapnya. Dia bertanya, “Bagaimana keadaanmu, wahai Abu Kilab?” Umayyah menjawab, “Seperti yang anda lihat, wahai Amirul Mukminin.”

 

Umar: “Apakah perkara yang paling kamu sukai sekarang ini?”

 

Umayyah: “Tidak ada sesuatu yang paling aku sukai sekarang ini. Tidak ada kebaikan yang menggembirakan aku, dan tidak ada kejahatan yang menyedihkan aku.”

 

Umar: “Tidak ada lagi sesuatu yang lain?”

 

Umayyah: “Memang ada. Aku suka anakku Kilab berada di sisiku supaya aku dapat menciumnya satu ciuman dan memeluknya dengan satu pelukan sebelum aku mati.”

 

Lantas Umar menangis sambil berkata, “Akan sampai apa yang engkau suka, insya-Allah.”

 

Kemudian Umar perintahkan supaya Kilab pergi memerah susu sebagaimana yang dia sering lakukan dan hantarkan susu itu kepadanya. Setelah Kilab lakukan apa yang diperintahkan, Umar mengambil susu dan membawanya kepada Umayyah.

 

Umayyah mengambil bekas susu daripada tangan Umar dan mendekatkannya ke mulutnya. Setelah bekas itu menyentuh bibirnya, terus dia berkata, “Demi Allah, wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya aku menghidu bau dua tangan Kilab.”

 

Umar RA menangis dan berkata: “Ini Kilab di sisimu. Kami telah membawanya kepadamu.”

 

Umayyah terus menerkam dan memeluk erat anaknya sambil menangis. Umar dan semua yang hadir turut menangis.

 

Kemudian Umar berkata kepada Kilab:

“Wahai anakku, tinggallah bersama ayah dan ibumu. Berjihadlah dengan menjaga keduanya selagi mana kedua-duanya masih hidup. Kemudian berilah tumpuan kepada urusan peribadimu selepas kedua-duanya telah tiada.”

 

Sumber:

http://www.factway.net/vb/t22362.html 
http://ar.wikipedia.org/wiki/كلاب_بن_أمية_بن_الأسكر_الكناني 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia