Khidmat Komuniti Madani: Peranan Belia & NGO 

Khidmat Komuniti Madani: Peranan Belia & NGO | IKRAM

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung dengan jayanya dari 8 hingga 10 Disember bertujuan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Inisiatif baharu untuk membina hubungan baik antara kerajaan dan rakyat sangat penting kerana rakyat perlu lebih jelas terhadap hala tuju serta matlamat kerajaan.

Sesi dialog yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk mengajukan soalan dan pendapat mereka terus kepada Perdana Menteri dan timbalan-timbalannya perlu diteruskan secara konsisten.

Sebanyak 1,878 Komuniti MADANI bakal ditubuhkan secara berfasa di seluruh negara yang berfungsi sebagai badan sukarela pelbagai kaum untuk memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat melalui tiga teras utama iaitu membantu pemasaran maklumat kerajaan, mendigitalkan komuniti serta memupuk semangat perpaduan, patriotik dan kenegaraan.

Program Khidmat Komuniti Madani melibatkan tugas-tugas kemasyarakatan yang dilakukan secara berkelompok dengan tujuan dan matlamat tertentu. Kerja-kerja ini bertujuan meringankan beban, memberikan manfaat dan meningkatkan kesejahteraan dalam komuniti yang berkaitan. 

Kita sedia maklum khidmat komuniti memegang peranan penting dalam memupuk perasaan kesepaduan antara komuniti dan warganya serta mengembangkan rasa tanggungjawab dan kepedulian terhadap persekitaran sekitar.

Pelaksanaan secara berkumpulan dan berkala aktiviti ini diupayakan untuk memberikan hasil serta impak positif kepada komuniti yang menerima bantuan. Melalui khidmat komuniti, belia dapat menjalani gaya hidup yang sihat dan secara ringan tulang membantu individu lain yang memerlukan sokongan.

Selain itu, ia juga dapat membentuk personaliti mereka dan memahami konsep kerjasama serta saling membantu antara satu sama lain.

Keseimbangan sosial

Khidmat Komuniti Madani mengharapkan belia yang mendapat keistimewaan pendidikan tinggi membantu mereka semula kerana imej belia bercitra tinggi. Belia perlu lebih awal didedahkan dengan permasalahan komuniti untuk membentuk mereka menjadi pemimpin pelapis yang prihatin terhadap rakyat.

Belia usah berasa selesa di universiti dengan mengabaikan tanggungjawab mereka kepada komuniti hanya kerana penglibatan dengan komuniti tidak banyak menyumbang kepada pemarkahan pengajian mereka.

Dari sudut komuniti, kita berharap agar belia dapat menjaga keseimbangan sosial, mengilhamkan perubahan positif, membentuk kepemimpinan masa depan, memiliki kekuatan moral dan memulihara kebudayaan bangsa.

Kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai sivik dalam diri setiap individu, sambil memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan juga kemahiran, perlu ada dalam diri rakyat. 

Khidmat komuniti bukan sahaja bertujuan membentuk warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap komuniti serta negara, tetapi perlu menjiwai makna Madani itu sendiri.

Hal ini dapat diwujudkan melalui pengamalan gaya hidup sihat dan penglibatan dalam amalan-amalan yang memberikan manfaat kepada orang lain tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.

Pelan NGO Rakan Perpaduan

Pelan NGO Rakan Perpaduan (Friends of Unity) 2022 – 2030 ialah satu langkah proaktif Kementerian Perpaduan Negara untuk memperkuat dan mengukuhkan peranan badan-badan bukan kerajaan (NGO) sebagai organisasi sukarelawan yang mendukung penuh Dasar Perpaduan Negara 2021–2030.

Friends of Unity memegang peranan pusat dalam menyorot, mempromosikan dan merangkum kepelbagaian budaya yang dimiliki oleh masyarakat Malaysia.

Kerjasama strategik ini dianggap sebagai kunci penting untuk memastikan bahawa gabungan kepakaran daripada semua pihak dapat dimanfaatkan sepenuhnya melalui penyampaian perkhidmatan yang efektif kepada kumpulan sasaran demi memastikan pencapaian agenda perpaduan nasional.

Badan bukan kerajaan (NGO) merangkumi persatuan, organisasi dan gerakan sukarelawan yang beroperasi tanpa kaitan politik atau keuntungan, dengan fokus memberikan khidmat kepada masyarakat, sama ada dalam bentuk bantuan perkhidmatan atau sokongan terhadap pembentukan dasar awam.

NGO memainkan peranan yang serius dalam mendukung agenda pembangunan negara yang dirangka oleh kerajaan. NGO di semua peringkat dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih aktif untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan cintakan negara pada peringkat individu, keluarga dan komuniti.

Promosi dengan meningkatkan kapasiti NGO perlu berterusan dalam membina kesejahteraan komuniti secara menyeluruh melalui program kesihatan dan kesejahteraan psikologi adalah salah satu matlamat yang ditetapkan.

Justeru, meningkatkan penglibatan NGO dalam menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial melalui pembangunan modal insan perlu menjadi agenda penting.

Kita mengharapkan peranan NGO dapat diperkasakan sebagai pendorong integrasi sosial dalam mempromosikan kesejahteraan menyeluruh untuk mencapai kesepaduan dalam masyarakat.

Meningkatkan kesedaran

Pada 2 Disember 2023, Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) dan Yayasan Kiwanis Sindrom Down (KDSF) telah menganjurkan Program Kasih dengan penerapan nilai teras Kesejahteraan dan Ihsan untuk meningkatkan kesedaran mengenai potensi luar biasa kanak-kanak yang mengalami sindrom Down agar dapat menerima pendidikan yang lebih sempurna.

Kerjasama antara NGO ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang potensi kepemimpinan dan hak kanak-kanak yang menghadapi sindrom Down. 

Matlamat BIM ialah memastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan persekitaran yang menyokong perkembangan maju bagi kanak-kanak istimewa. Usaha ini melibatkan badan profesional daripada pelbagai bidang yang turun padang untuk berkongsi ilmu sebagai pemimpin dalam organisasi.  

Khidmat Komuniti Madani perlu menggiatkan lagi keterlibatannya dengan memberi fokus kepada pembangunan sahsiah termasuk pendekatan baharu terhadap ekonomi manusiawi yang  ihsan dan mampan.

Dengan komitmen dan kesungguhan semua pihak, aspirasi kerajaan untuk membina masyarakat Malaysia yang sejahtera, selamat dan bersatu padu dapat direalisasikan secara kolektif. 

Usaha melestarikan komuniti yang berinformasi bagi menyampaikan maklumat yang sahih, telus dan bermanfaat perlukan promosi yang lebih hebat dan mantap selari dengan perkembangan media digital. 

Prof Madya Ts Dr Jessica Ong Hai Liaw
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 
Pengerusi Women in Logistics and Transport (WiLAT) Malaysia

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia