IKRAM Raih Anugerah Khas KASIH MADANI 2023 Bagi NGO

IKRAM Raih Anugerah Khas KASIH MADANI 2023 Bagi NGO

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia telah dipilih untuk menerima Anugerah Khas KASIH MADANI 2023 bagi kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO) – Inisiatif Mesra Keluarga dalam Majlis Pelancaran Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK 2023) hari ini di Dataran Putrajaya, di sini.

Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan majlis, kepada Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin, disaksikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri.

Turut hadir mewakili IKRAM menyaksikan majlis tersebut ialah Naib Presiden, Prof Dr Hanim Salleh dan Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Sabariah Baharun.

Satu lagi anugerah khas diraih oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi kategori Syarikat Korporat – Pelaksanaan Inisiatif CSR Mesra Keluarga.

Anugerah Khas KASIH MADANI buat julung kali diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kepada majikan yang melaksanakan amalan dan polisi mesra keluarga di agensi dan syarikat masing-masing.

Anugerah ini juga bertujuan mengiktiraf NGO yang menjalankan aktiviti dan program yang menyumbang kepada aspek kekeluargaan.

Dalam pada itu, Haji Badlishah Sham mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan juga penghargaan yang tinggi kepada KPWKM yang telah memilih IKRAM untuk menerima Anugerah KASIH MADANI pada tahun ini.

Katanya, IKRAM ingin menyumbang kepada pembinaan negara dengan komitmen kepada keluarga kerana percaya keluarga juga menjadi asas kepada masyarakat dan negara.

“Kalau keluarga itu baik, harmoni, bahagia, sentiasa berada di persada negara membina, membentuk nilai kanak-kanak dan ahli masyarakat, maka negara itu akan menjadi lebih baik,” ujarnya.

Jelasnya, melalui Unit Institusi Keluarga Utuh IKRAM, banyak program yang dilakukan dengan ahli dan pihak-pihak lain, termasuk syarikat swasta, agensi kerajaan dalam program pembentukan nilai ini dalam keluarga.

“Kami (IKRAM) gagaskan Negara Rahmah, tidak jauh beza dengan Negara Madani, dan antara ciri Negara Rahmah itu adalah Institusi Keluarga Yang Utuh, sebab kami percaya ini adalah resipi kepada sebuah negara yang maju dan sejahtera.”

Beliau turut menjemput rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke Karnival Keluarga Utuh Madani 2023 pada 19 November ini di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur, sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (SBKK) 2023 anjuran IKRAM, yang bakal dilancarkan esok.

Dengan tema ‘Keluarga Harmoni, Negara Madani’, Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK 2023) anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang berlangsung hari ini menjadi platform penting bagi menghargai kepentingan institusi keluarga sebagai asas cerminan kepada masyarakat yang stabil dan sejahtera.

Sambutan BKK 2023 diwarnai dengan pengisian beberapa aktiviti bersama keluarga seperti Zumba Keluarga dan Family Fun Walk sepanjang lima kilometer sekitar Putrajaya.

Ia turut dimeriahkan dengan Ekspo KASIH MADANI dengan pelbagai pameran, reruai dan unit bergerak, termasuk gerai Jualan Rahmah serta aktiviti Mini Karnival Kasih MADANI, yang berlangsung sehingga esok.

Turut sama hadir ialah isteri Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Negeri, Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi serta Pegawai-pegawai Kanan kementerian.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia