Khawlah pembentang termuda EduTECH Asia 2019

Beliau membentangkan tajuk ‘School Disciplinary Problem and Its Preventive Measure’ dalam persidangan dan pameran tersebut telah berlangsung pada 5-6 November lalu di Suntec Convention & Exhibition Centre.

Beliau terpilih mewakili sekolah dan juga pihak MyFuturity (StudentQR) apabila memperoleh skor terbanyak dalam program merit menggunakan QR Code yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

“Saya begitu berdebar dan tidak yakin. Namun, perasaan tersebut sedikit sebanyak dapat diatasi apabila semua pihak termasuk para guru, kakitangan dari StudentQR dan sahabat-sahabat banyak memberikan sokongan serta membantu membuat persediaan,” katanya.

Beliau berkata, sesi persediaan di sekolah berjalan lancar dengan dibantu guru-guru dan adakalanya berlatih sendiri bersama kawan-kawan.

“Ustazah Fauziah Salam yang dilantik oleh StudentQR turut terlibat membantu saya dalam persediaan ke sana selain memberikan nasihat dan tunjuk ajar.”

Dalam perkembangan yang berkaitan, ibu kepada Khawlah, Puan Rohida Jamaludin turut melahirkan rasa gembira dan syukur kerana anaknya terpilih untuk ke sana.

“Kami juga sebenarnya tidak sangka yang Khawlah terpilih ke sana, namun ini bukan pertama kali Khawlah memberi kejutan kepada keluarga,” kata Rohida sambil tersenyum.

Sebelumnya, Khawlah pernah menjadi johan hafazan peringkat negeri dalam Pertandingan Hafazan Telekom Malaysia dan sewaktu di Tahun 6, beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Muhammad Al-Fateh.

“Sekiranya ada lagi peluang-peluang sebegini buat Khawlah pada masa akan datang, kami sentiasa akan menyokong apa jua aktiviti sekolah.”

Bahkan beliau sangat berterima kasih kepada pihak StudentQR dan pihak sekolah khususnya yang telah berjaya melihat potensi yang ada pada anak-anak muda dan mengasah potensi itu.

“Sebab potensi anak-anak ini adakalanya kurang menonjol di rumah,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Khawlah turut menerangkan mengenai program Student QR Point yang dilaksanakan di sekolahnya.

“Setiap pelajar di sekolah akan memperoleh kod QR masing-masing yang unik dan tersendiri.

“Kod QR ini akan diimbas menggunakan aplikasi yang ada dalam telefon bimbit para guru setiap kali para pelajar melakukan perbuatan yang baik mata ganjaran akan diperoleh,” jelasnya.

Tambahnya, ibu bapa di rumah juga akan menerima laporan langsung mengenai merit perbuatan baik yang diterima oleh anak-anak mereka. Menurutnya, kesan program ini di sekolah sangat mengujakan, yang mana para pelajar berlumba-lumba untuk melakukan perbuatan yang baik.

“Setiap potensi yang ditonjolkan oleh anak-anak haruslah digilap dengan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan keluarga,” kata Rohida.

Jelasnya lagi, anak-anak harus didorong mengikut minat dan potensi mereka dan bukannya minat ibu bapa atau keluarganya.

“Oleh sebab itulah, anak-anak kita harus jelas dan dijelaskan hala tuju mereka dalam hidup,” ujar Rohida mengakhiri perbualan.

EduTECH Asia 2019 merupakan acara ekspo dan pameran pendidikan terbesar Asia yang menjadi platform untuk mereka yang terlibat dengan pendidikan berkongsi idea dan inovasi teknologi berkaitan pendidikan.

Ia melibatkan penyertaan 5,000 orang hadirin, 350 pembentang, 120 pameran, 10 persidangan, 28 bengkel, dua sesi kelas induk, dua trip pelancongan dan satu sidang kemuncak.

Sumber: IKRAM MUSLEH

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia