Kewibawaan kepemimpinan adalah syarat kejayaan IKRAM

Beliau menyampaikan pidatonya dengan penuh semangat di hadapan 880 orang Ahli Teras IKRAM sempena Perhimpunan Ahli Teras (PAT) IKRAM Kedua, 2011 yang berlangsung di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini semalam.

“Kita memerlukan pemimpin yang berkebolehan sebagai tokoh masyarakat, pemikir, pakar dan ilmuan dalam berbagai-bagai bidang strategik. Pemimpin IKRAM mesti boleh berbicara dengan rakyat dan mengunjurkan penyelesaian kepada negara dan rakyat,” hurai Presiden IKRAM lagi mengenai ciri pemimpin IKRAM yang diperlukan.

PAT diadakan sebagai forum umum untuk Ahli Teras IKRAM memberi pandangan dan nasihat kepada pemimpin IKRAM sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan IKRAM.

Selain kepimpinan, lompatan strategik yang lain ialah memperbanyak pelopor, kader dakwah dan pejuang di medan amal. “Mengolah ahli baru dan ahli berpotensi dalam susunan tarbiah IKRAM ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi,” jelas Presiden lagi.

Mengenai mihwar ijtma’i dan sya’bii atau fasa membangunkan masyarakat, Presiden IKRAM mengulangi, “IKRAM masih dalam fasa membangunkan masyarakat, iaitu dalam mihwar sha’bii dan ijtima’i. Ini adalah fasa IKRAM beroperasi sebagai wahana massa, terbuka dan sah.”

“Tetapi terlibat dalam aktivisme membangunkan masyarakat tidak pula bermakna ahli meninggalkan fasa pembangunan diri dan keluarga. Kita perlu berusaha mendidik diri menjadi peribadi Muslim yang memiliki akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang mantap, mampu berkerja, berpengetahuan, tubuh yang cergas, mendisiplinkan diri, teratur urusannya, sangat menghargai masa dan bermanfaat kepada orang lain,” tegas Presiden.

Dr Mohd Parid juga menyorot beberapa perkembangan di Timur Tengah yang menunjukkan dunia sedang berubah khususnya di Asia Barat dan dunia Islam iaitu di Mesir, Tunisia, Palestin, Iraq, Syria selain di Turki, Pakistan dan rantau Asean. “Sejarah menyaksikan peralihan imbangan kuasa dunia dan kuasa baru dunia sedang muncul tatkala kuasa sedia ada sedang menurun. Dunia menyaksikan kebangkitan umat Islam yang di luar dugaan,” ujarnya.

Menutup ucapan dengan nada ajakan tetapi bersemangat dan menyakinkan, Presiden IKRAM menegaskan, “Ahli IKRAM mestilah menerima tugas membangunkan masyarakat yang mencabar, berat tetapi mulia ini. Mari terus menjadi golongan bekerja, menjadi amaliyyin! Mari menuju kemenangan! Mari menjadi golongan bersaudara!”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia