Kewangan: Ummah hari ini memerlukan penyelesaian – Prof Dr Abd Rahim

KIMB_5

Seminar yang dianjurkan secara bersama oleh Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi IKRAM Pusat, Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi IKRAM Selangor dan Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) ini dihadiri kira-kira 60 ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Koperasi Islah Malaysia Berhad. Seminar ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi IKRAM Pusat, Hj Shaharom Md Sharif.

KIMB_1

Antara penceramah yang dijemput untuk ialah Prof Madya Dr Engku Rabiatul Adawiyah Engku Ali, Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga merupakan Ahli Panel Penasihat Syariah di Bank Negara. Beliau telah dijemput membentangkan tajuk ‘Peranan dan Proses Kelulusan Syariah dalam Institusi Kewangan Islam’. Dalam pembentangannya, beliau menyentuh perkara-perkara asas yang diambil kira dalam memastikan sesuatu produk atau transaksi itu menepati piawaian patuh syariah (syariah compliance). Beliau juga menyentuh mengenai prinsip syariah dalam transaksi kontrak.

Selain beliau, seorang lagi penceramah yang dijemput ialah Prof Mohd Nazari Ismail, Pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaysia. Prof Nazari yang membentangkan tajuk ‘Industri Hutang : Sejarah, Kesan dan Implikasi’, telah berkongsi dengan peserta mengenai kebejatan dan kemusnahan akibat daripada riba’ dan industri hutang.

KIMB_3

Prof Nazari mendedahkan bahawa Amerika Syarikat telah beberapa kali mengalami krisis kewangan disebabkan masalah hutang yang mencengkam kerajaan dan rakyat negara itu.

“Jumlah hutang Kerajaan Amerika Syarikat adalah USD 15 Trillion” kata beliau mendedahkan jumlah hutang kerajaan Amerika Syarikat. “Dan krisis kewangan ini telah memberi impak kepada negara-negara lain juga” tambahnya lagi.

Beliau juga menegaskan bahawa sistem perbankan hari ini telah menggalakkan perkembangan industri hutang dan perlu dilumpuhkan.

Pembentangan ketiga diteruskan oleh seorang lagi Pensyarah di Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, itu Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman. Beliau telah membentangkan tajuk ‘Perbankan dan Kewangan Islam : Teori, Praktis dan Langkah ke Hadapan’

KIMB_2

Dalam pembentangannya, beliau menegaskan bahawa sistem perbankan Islam, lahir dalam usaha mengelakkan masyarakat terutamanya umat Islam dari terjebak dalam urusan riba’. Beliau menekankan lagi bahawa sistem perbankan Islam yang baru bertapak di Malaysia, sejak lebih kurang 30 tahun yang lalu ini masih belum sempurna dan masih dalam proses pembaikan secara berterusan.

“Ummah hari ini memerlukan penyelesaian kepada keperluan kewangan mereka. Dan mereka mencari-cari penyelesaian seperti yang ditawarkan perbankan Islam” katanya lagi. Beliau juga menambah bahawa faktor yang telah menyebabkan krisis hari ini adalah kerana ketamakan manusia dan bukanlah hutang yang hanya satu alat untuk memenuhi keperluan kewangan manusia.

Dalam pembentangan beliau, Prof Dr Abdul Rahim juga berkongsi mengenai beberapa kontrak yang digunapakai dalam sistem perbankan Islam.

Seminar separuh hari ini ditutup oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad yang sebelum ini pernah menganggotai Majlis Penasihat Syariah Bank Negara. Dalam ucapannya, Dr Mohd Parid mengingatkan kita tentang kepentingan gabungan antara kepakaran dan modal dalam membina satu penyelesaian keperluan kewangan yang mantap.

KIMB_4

Beliau juga berkongsi contoh model institusi kewangan di Sudan yang telah ditubuhkan untuk membantu umat Islam di mana mereka member pinjaman “Qardhul Hasan” kepada usahawan dan peniaga, dan dalam masa yang sama institusi ini membantu usahawan ini mengurus perniagaan serta membantu mereka untuk lebih maju.

Seminar ini, dilihat telah membuka ruang kepada peserta untuk lebih memahami mengenai sistem ekonomi dan kewangan Islam yang sebenar. Bagi mereka yang inginkan rakaman sesi ini dalam bentuk CD, bolehlah menghantar pesanan kepada [email protected]

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia