Ketua Wanita IKRAM lawat adik Firdaus, gesa perbaiki nasib golongan OKU

Sumbangan untuk adik Firdaus juga turut disampaikan melalui wakil Wad Melor 2A & 2B, Puan Suria. Turut mengiringi beliau adalah Puan Azlina Roszy Mohamad Ghaffar, Perunding Psikologi Keluarga dan Kanak-kanak Hospital Pakar An-Nur dan Nik Khatijah Nik Mud, Eksekutif Jabatan Wanita IKRAM.

Che Asmah turut menyeru rakyat Malaysia agar tidak mudah menghukum ibu kepada adik Firdaus secara keterlaluan dengan melemparkan pelbagai pelbagai kata-kata tanpa mengetahui sepenuhnya kisah hidup sebenar keluarga tersebut.

Katanya, pendedahan maklumat peribadi keluarga ini yang belum pasti kesahihannya sehingga membuka segala keaiban juga dilihat sebagai sesuatu tindakan yang amat tidak wajar dan menjejaskan maruah keluarga tersebut.

“Keprihatinan rakyat Malaysia telah bertukar menjadi agak ganas apabila pelbagai tomahan, cercaan dan celaan tanpa had ditujukan kepada ibu anak ini yang sedang ditahan reman oleh pihak berkuasa utk siasatan lanjut.

“Tidak dapat dibayangkan liku-liku kehidupan yang perlu dilalui oleh ibu ini. Ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak berkategori Orang Kelainan Upaya (OKU) yang perlu dibesarkan bersendirian.

“Serta tidak mustahil yang beliau juga menghadapi tekanan mental dari perit jerih kehidupan dilaluinya selama ini dan saya pasti tidak ada siapa pun yang mahu berada dalam situasi yang terpaksa meminta dan bergantung pada orang lain dalam menjalani kehidupannya,” katanya.

Ketika diminta mengulas tentang kesedaran masyarakat sekeliling mengenai golongan OKU, beliau berkata kesedaran orang ramai terhadap OKU ni masih pada tahap yang sangat rendah.

“Ramai ibu bapa yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan anak-anak OKU ini dan ada juga segelintir berasa malu memiliki anak ini dan tidak kurang juga yang tidak mampu untuk menguruskan keperluan anak-anak ini.

“Anak-anak ini tidak boleh pulih seperti sediakala. Terapi yang dilalui hanya untuk meningkatkan kualiti hidup anak ini dan keluarga. Sememangnya ia melibatkan belanja yang mahal dan pusat-pusat pemulihan juga adalah terhad serta terletak jauh dari tempat tinggal mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau turut mengesyorkan agar semua pihak bekerjasama menzahirkan keprihatinan terhadap golongan OKU dalam bentuk tindakan yang membantu memperbaiki keadaan. Antara langkah yang disarankan adalah pihak kerajaan diminta agar menambah peruntukan, pusat jagaan serta kemudahan kepada pengendalian OKU.

Perkara utama seperti sistem pendaftaran OKU juga perlu diperbaiki agar anak-anak ini dapat dikesan kedudukan mereka.

“Ahli masyarakat sewajarnya mengambil peduli dan membantu golongan OKU ini serta tidak memandang hina mereka yang ada anak OKU.

“Ibu-bapa yang mempunyai anak-anak OKU hendaklah redha dengan keadaan ini kerana mereka sebenarnya diberi peluang untuk menjaga ahli syurga.

“Mereka mestIlah berusaha mendapatkan bantuan dari awal serta jangan menunggu terlalu lama untuk mendapatkan bantuan, apa yang penting jangan sama sekali merasa rendah diri memiliki anak OKU,” katanya.

Tambah beliau lagi, bapa perlu bertanggungjawab memberi nafkah untuk semua anak dan mengambil kira keperluan kepada peruntukan yang lebih untuk anak OKU walaupun selepas penceraiaan.

“Pihak mahkamah juga perlu memastikan pertimbangan sewajarnya diberikan kepada perkara ini dalam proses penceraian,” jelas beliau.

Datin Paduka Che Asmah turut berbangga dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang dilihat sanggup meluangkan masa untuk datang menziarahi adik Firdaus di hospital.

“Ini merupakan petanda positif betapa prihatinnya rakyat Malaysia terhadap apa yang berlaku kepada anak ini dan semoga Allah SWT terus merahmati dan memberkati negara ini dengan rakyatnya yang prihatin.

Beliau berharap dengan apa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran dan diharap semua mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam masyarakat kita.

“Semarakkan budaya prihatin dalam hidup berjiran, tingkatkan keprihatinan masyarakat terhadap OKU, golongan kurang bernasib baik dan yang memerlukan.

“Mari kita kembali kepada Islam, menjalani kehidupan berlandaskan syariat yang sebenar agar kesejahteraan hidup dunia akhirat dapat dikecapi, rujuk surah al-Jatsiyah ayat 18,” akhirinya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia