Ketelusan kerajaan penawar duka rakyat

Pelbagai keluhan saban hari menjadi hidangan di laman media sosial. Lebih parah lagi apabila kita dipaparkan dengan berita golongan tertentu yang dilihat sebagai ‘istimewa’ diberikan layanan bak kayangan boleh merentas ke sana ke sini. 

 

Sebaliknya, rakyat marhaen yang mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dikenakan syarat ketat bagi memohon kebenaran merentas negeri. Episod duka rakyat marhaen ini bukanlah episod yang baharu.

 

Bahkan sejak dahulu lagi, bermula dari tindakan pak menteri yang tidak menjaga SOP makan bersama duduk rapat, ada pula pak menteri yang ke luar negara tetapi tidak dikuarantin, hinggalah ke episod majlis perkahwinan artis terkenal yang jelas tidak mematuhi SOP. Malah, sempat pula melancong ke sana sini atas alasan urusan kerja. 

 

Semua ini bukanlah kerana kita cemburu atau iri hati dengan golongan ‘kayangan’, tetapi ia menunjukkan ketidaktelusan dan ketidakjujuran pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang dilihat sebagai ‘pilih kasih’ atau ‘double standard’.

 

Rakyat ditekan dengan pelbagai alasan untuk dikompaun, walhal orang ‘kayangan’ pula diberi kelonggaran itu dan ini atas alasan kerja dan tugas.

 

Kita tidak nafikan pelbagai pakej rangsangan ekonomi dibuat oleh kerajaan bagi membantu rakyat marhaen. Namun apalah ertinya kalau bantuan datang menyapa namun undang-undang tidak jujur pada semua.  

 

Kita yakin dan percaya, SOP seketat mana sekalipun, bukan soal ketat atau tidak yang menjadi ketidakpuasan hati rakyat, tetapi lebih dari itu, ianya soal bagaimana kerajaan telus dan jujur dalam melaksanakan undang-undang terhadap semua pihak tanpa ada pilih kasih. 

 

Jika terdapat pihak tertentu yang melanggar SOP, tidak dikenakan kompaun kerana telah dibuka kertas siasatan, mengapa tidak berbuat demikian juga pada marhaen yang melanggar SOP? Bukalah kertas siasatan dahulu sebelum diberi kompaun. 

 

Rakyat tidak marah dengan peraturan dan SOP. Apa yang membangkitkan kemarahan dan kekecewaan rakyat adalah layanan istimewa golongan tertentu. Kerajaan hari ini perlu diberi peringatan, tahap kesabaran rakyat juga ada batasan.

 

Rakyat perlu hidup, makan dan minum. Begitu juga pemimpin, perlu hidup, makan dan minum. Kita semua ada kepentingan dan kehendak masing-masing. Namun demi mengekang penularan wabak Covid-19 ini, kita semua tidak kira pangkat dan darjat, kita semua wajib terikat dengan undang-undang pematuhan SOP.

 

Kerajaan perlu telus, perlu jujur, adil dan saksama. Jangan kerana status kami marhaen, habis semua ditunggang langgangkan belaka. Renungilah firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 58 yang bermaksud :

 

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil.”

 

Dalam firman-Nya lagi, dalam surah al-Maidah ayat 8 yang bermaksud :

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu  tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (terhadap sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.” 

 

Baginda Nabi SAW juga sangat menekankan tentang kewajiban berlaku adil dalam tugasan walaupun menghukum kaum keluarga sendiri. Hal ini sepertimana dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

 

Sesungguhnya orang yang adil ditempatkan di sisi Allah di atas menara cahaya; mereka adalah golongan yang bersikap adil dalam hukum mereka, terhadap keluarga dan dalam melakukan tugasan.” 

 

Demikianlah beberapa peringatan daripada Allah dan Rasul-Nya berkenaan kewajiban bersikap adil, telus dan jujur dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin. Ingatlah, betapa beruntungnya pemimpin itu sekiranya mereka bersikap adil dan telus.

 

Golongan ini dijanjikan Allah pada hari akhirat kelak, dinaungi oleh Allah. Sepertimana yang telah disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, sabda Nabi SAW yang bermaksud :

 

“Tujuh golongan yang akan bernaung di bawah bayang-bayang Allah pada hari tiada bayang-bayang kecuali bayang-bayang-Nya.” Antara tujuh golongan itu baginda SAW mengatakan : “Pemerintah yang adil.”

 

Rakyat sangat berharap agar kerajaan lebih telus, adil dan jujur dalam melaksanakan undang-undang dan tidak bersikap pilih kasih dalam mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar SOP. Itulah penawar duka untuk keresahan dan kekecewaan rakyat yang bergelar marhaen ini. Semoga Allah mengampuni kita semua. 

 

Muhammad Faidhi Azis
Pegawai Masjid dan Guru Takmir

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia