Beliau berucap mewakili Bahagian Politik HAMAS dan juga Briged al-Qassam dalam upacara pengebumian para syuhada tersebut di Masjid ‘Umari di sini.
“Pihak Zionis Israel telah salah jika merasakan HAMAS menjadi semakin lemah selepas perang al-‘Asfil al-Ma’kuul (2014), apatah lagi apabila Israel yang meminta untuk mengadakan gencatan senjata,” demikian tegas beliau dalam ucapannya.
“Pendudukan haram Israel (Illegal Israel Occupation), dan para penyokongnya, samada dari kepimpinan Palestin sendiri di Ramallah, yang memikirkan bahawa HAMAS sedang berdiam diri selepas gencatan senjata, ketahuilah bahawa HAMAS sentiasa bersedia terhadap apa sahaja kekejaman Israel bagi melindungi tanah ini.”
Mereka yang mengorbankan anaknya untuk melindungi hak negaranya kata Ismail, tidak akan sesekali lemah dan tidak akan menggadaikan hak negara al-Quds untuk demi keselamatan dirinya.
“Gaza adalah contoh yang baik kerana Gaza masih mampu meneruskan kehidupan daripada sekecil-kecil perkara. Semoga ia menjadi kurniaan Allah kepada para mujahidin untuk mencipta keajaiban,” ujarnya.
Beliau turut membacakan surah al-Ankabut ayat 79 yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
Seterusnya beliau menyatakan bahawa rakyat Palestin di Gaza tidak akan boleh dipisahkan, kerana mereka mampu untuk mengatasi kelemahan mereka dan kerana keyakinan terhadap janji Allah dan mereka yakin mampu untuk terus melawan Israel.
“Hampir semua penyelesaian melalui jalan politik menemui jalan buntu, kecuali jihad melawan Israel. Kepada mereka yang mahukan perdamaian daripada negara haram Israel dari awal lagi, saksikanlah ia tiada perubahan sehingga hari ini.”
Tambahnya lagi, maka jalan yang menuju kemenangan seperti yang ditempa oleh tujuh orang syuhada hari ini, jihad yang suci, adalah jalan terbaik untuk melawan Israel.
“Saya ingin menyatakan kepada penduduk dunia bahawa hari ini, kami beramai-ramai menghantar para syuhada ini adalah sebuah referendum terbuka sebagai tanda sokongan kami terhadap perjuangan ini,” jelasnya lagi.
Dalam ucapannya itu, beliau menegaskan bahawa HAMAS akan meneruskan perjuangan ini untuk melawan kuasa Israel.
“Saudara-saudara kami yang telah pergi hari ini, darah dan jiwa mereka telah menambah semangat kami untuk lebih ke hadapan.”
Tambahnya lagi, di bahagian Timur Gaza, pejuang kita telah menggali terowong untuk masuk ke Israel (merujuk kepada perang 2014), manakala di bahagian barat, para mujahidin sentiasa mencuba teknologi roket yang terbaru.
“Gaza akan melawan terhadap sebarang usaha yang akan cuba memisahkan kami, atau cuba mengurangkan sokongan kami terhadap para mujahidin. Mereka yang meninggal hari ini adalah anak kepada tanah ini, iaitu tanah Palesitn.”
Ismail berkata, kesyahidan para syuhada di Gaza adalah sama seperti syahidnya pejuang-pejuang dalam Intifada Ketiga di Tebing Barat.
“Kami ingin nyatakan sekali lagi kepada pihak khas PA (Palestine Authority), yang melaporkan bahawa PA telah menggagalkan hampir 200 serangan ‘ekstremis’ terhadap rakyat Israel, ketahuilah bahawa kamu telah menjadi hamba kepada musuh kamu sendiri. Kamu akan gagal di tangan mujahidin suatu hari nanti.”
Briged ‘Izzuddin al-Qassam baru-baru ini mengumumkan kesyahidan tujuh anggotanya dalam satu operasi terbaru iaitu Thabet al-Reify, Ghazwan al-Shobaky, ‘Izz al-Deen Qassem, Jafaar Hamadah, Waseem Hassounah, Neddal Oudeh dan Mahmoud Basal yang rata-ratanya adalah golongan muda berumur dalam lingkungan 20-an.
Jenazah para syuhada telah dikebumikan selepas solat Jumaat pada minggu lalu yang diiringi hampir 250,000 penduduk Gaza keluar beramai-ramai sebagai penghormatan terakhir.
Teruskan membantu rakyat Palestin untuk meneruskan kehidupan mereka melalui MyCARE. Sumbangan boleh dibuat atas nama HUMANITARIAN CARE MALAYSIA melalui akaun-akaun berikut:
1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
3) CIMB: 8602- 135-592
Sila e-melkan slip/bukti bayaran serta memaklumkan sumbangan untuk Palestin ke account@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 019-655 1948.
Sumber: Aqsa Syarif