Kestabilan Politik: IKRAM Junjung Kasih Titah Agong

Kestabilan Politik: IKRAM Junjung Kasih Titah Agong

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini.

Baginda menegaskan tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

Titah baginda, semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.

“Jika ada yang hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,” titah baginda. 

Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin berkata, titah Yang di-Pertuan Agong memang selari dengan pendirian IKRAM dalam beberapa kenyataan media sebelum ini tentang ura-ura percubaan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Saya yakin baginda amat prihatin dengan situasi semasa negara yang memerlukan kestabilan politik demi memastikan ekonomi negara dapat dipulihkan dan dipacu dengan sebaiknya oleh kerajaan sekarang,” kata beliau.

Tambah Hj Badlishah Sham, ketidakstabilan politik yang berlaku sebelum PRU15 yang lalu wajar dijadikan pengajaran.

“Cukuplah pengalaman lalu jadi pengajaran. Kini masa untuk menjalankan tanggungjawab membina negara bersama-sama, tanpa mengira kerajaan mahupun pembangkang,” tegasnya.

Jelas beliau, sebarang langkah yang boleh membawa ketidakstabilan politik wajar dihentikan kerana mudaratnya yang menjejaskan kesejahteraan rakyat dan negara.

“Semua pihak perlu mendukung usaha-usaha kerajaan dalam menyantuni kebajikan rakyat serta memacu kemajuan, kestabilan dan kemakmuran negara,” ujar beliau.

Sebagai rakan strategik dalam membangunkan negara, menurutnya, IKRAM komited untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha untuk membina negara ke tahap yang lebih baik.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia