Kes menurun ketara berbanding Sabtu

Kes Covid-19 Menurun Ketara

SERI KEMBANGAN – Kes harian Covid-19 yang dilaporkan pada Ahad menunjukkan penurunan ketara iaitu sebanyak 6,623 kes berbanding Sabtu sebanyak 9,705 kes.

 

Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan itu, 6,610 adalah kes tempatan, manakala 13 lagi adalah kes import.

 

Portal CovidNow Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan sebanyak 12 kes kematian baharu akibat Covid-19, termasuk lapan daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

 

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,421 orang daripada lebih empat juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

 

Perlis antara negeri tertinggi yang mencatatkan purata kematian setakat ini iaitu 16 kematian, diikuti Perak (13) dan Melaka (11).

 

Dalam pada itu, sebanyak 103,900 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

 

Daripada jumlah tersebut, seramai 101,294 atau 97.5 peratus individu kuarantin di rumah, manakala 356 atau 0.3 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 2,124 dimasukkan ke hospital.

 

Data itu juga menunjukkan sejumlah 126 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 76 memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 50 kes lagi memerlukan mesin ventilator.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia