Kes keganasan terhadap wanita membimbangkan

“Angka ini menunjukkan ianya di tahap membimbangkan,” kata Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Hjh Sallawahiu Mohd Salleh.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena Hari Antarabangsa Bagi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita yang disambut hari ini bertemakan ‘Wanita Untuk Disayangi dan Dilindungi”.

Tambahnya, tindakan keganasan seperti rogol, sumbang mahram, ragut, pemerdagangan manusia, gangguan seksual serta keganasan rumah tangga merupakan kes jenayah dan melanggar hak asasi seorang manusia.

“Kejadian-kejadian seperti ini boleh mengakibatkan kecederaan fizikal, kesan psikologi, kemurungan, kehamilan yang dipaksa, keguguran dan tingkah laku membunuh diri.

“Amat sukar bagi mangsa keganasan untuk melupakan peristiwa yang menimpa mereka dan berkemungkinan menghadapi trauma atau tekanan emosi yang berpanjangan,” jelasnya.

Katanya, keganasan rumah tangga atau gangguan di tempat kerja boleh memberi tekanan emosi yang melampau kepada kaum wanita dan boleh menyebabkan wanita tidak dapat memberi tumpuan kepada tanggungjawab mereka di tempat kerja mahupun di rumah.

Sementara itu, menurut Ustazah Sallawahiu, statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencatatkan 3,573 kes keganasan rumah tangga secara keseluruhan dari 2015 hingga 2018.

“Fenomena keganasan ini amat meluas, berterusan disebabkan kebanyakan kes-kes tidak dilaporkan pada pihak berkuasa.

“Langkah-langkah perlu diambil untuk melindungi dan membantu mereka yang tidak melaporkan sama ada disebabkan faktor peribadi, paksaan atau persekitaran,” tegasnya.

Bersempena Hari Antarabangsa Bagi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita, ujarnya, Wanita IKRAM menyarankan rakyat Malaysia beberapa perkara berikut:

1. Meningkatkan kesedaran dalam diri dan berani melaporkan kepada pihak berkuasa andai menjadi mangsa atau mengetahui sesiapa yang menjadi mangsa.

2. Penguat kuasa bertanggungjawab untuk terus membanteras kes berkaitan keganasan terhadap wanita, sentiasa peka dengan setiap aduan yang dibuat selain perlu aktif, cepat dan mengendalikan kes tanpa kepentingan peribadi.

3. Pihak kerajaan menyediakan tempat atau ‘rumah selamat’ untuk melindungi mangsa dan ahli keluarga supaya tidak dapat dijejaki oleh pemangsa.

4. Menggunakan inisiatif Talian Nur, Talian Kasih dan Child Care dengan sebaiknya untuk melaporkan sebarang kes.

5. Mangsa atau keluarga mangsa dinasihatkan untuk hadir ke ‘Pusat Krisis Bersepadu’ atau ‘One Stop Crisis Centre’ (OSCC) supaya mendapat perlindungan sebaiknya.

6. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah prihatin dan memastikan mangsa keganasan mendapat pembelaan undang-undang dan pelaku mendapat hukuman yang setimpal. Selain itu, sistem kehakiman juga perlu lebih mesra wanita.

7. Kaum lelaki perlu dididik dan diberi kesedaran bahawa mereka adalah pelindung kepada wanita.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia