Kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim: Kewibawaan Mahkamah Dipersoalkan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti secara dekat perkembangan proses perbicaraan serta keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang telah mensabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersalah di bawah Seksyen 377A dan dihukum penjara 5 tahun.

IKRAM mempersoalkan proses perbicaraan dan keputusan mahkamah berkenaan kerana terdapat unsur-unsur yang banyak menimbulkan keraguan. Di antaranya ialah;

a)        Tarikh perbicaraan yang pada asalnya ditetapkan pada 7-10 April 2014 telah diawalkan kepada tarikh 6-7 Mac 2014, iaitu hampir dengan tarikh penamaan calon di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

b)      Keputusan sabitan dan hukuman diumumkan terus pada akhir perbicaraan pada 7 Mac 2014. Tindakan tergesa-gesa dalam memberi penghakiman bertukar (reverse decision) amat jarang berlaku di dalam kes rayuan seberat ini.

c)   Penolakan permohonan mitigasi hukuman yang dipohon untuk dilanjutkan ke tarikh lain bagi membolehkan pihak pembelaan menyediakan dokumen sokongan untuk mitigasi hukuman. Lazimnya mahkamah memberi tempoh yang munasabah kepada peguam tertuduh dalam menyediakan hujah mitigasi.

Atas sebab itu, IKRAM boleh memahami mengapa masyarakat mempersoalkan kewibawaan mahkamah dalam mengendali dan memutuskan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan yang diambil oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan merupakan suatu hak yang diperuntukkan oleh undang-undang, namun hak ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya persoalan-persoalan dan kegusaran yang ditimbulkan di atas tidak dapat ditangani secara profesional dan berintegriti.

IKRAM dengan ini menegaskan:

1.        Sistem kehakiman negara perlu memastikan keadilan itu bukan sekadar ditegakkan tetapi mesti dilihat ditegakkan.

2.        Sistem kehakiman negara perlu bebas dan dilihat bebas daripada sebarang campur tangan politik atau desakan pihak eksekutif.

3.        Kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman negara perlu dipulihkan dengan memastikan ia bebas, adil dan berakhlak.

Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia