Kes Covid-19 Kembali Meningkat: Perlu Dos Penggalak Kedua?

Melalui kehidupan seperti biasa, seakan tiada apa-apa yang berlaku. Hidup seperti sebelum tercetusnya pandemik yang melanda.

Barangkali seperti itulah majoriti rakyat di negara ini, seakan sudah tidak peduli lagi dengan info berita apalagi angka-angka berkaitan Covid-19.

Jika suatu waktu dalam tempoh dua tahun, setiap hari ramai yang setia mengambil tahu dan peduli jumlah kes yang sakit apalagi yang wafat.

Begitu juga, kita sentiasa berwaspada dan berhati-hati mengikut arahan dan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang diarahkan kerajaan hinggalah berjaya sampai ke fasa peralihan ke endemik.

Namun, ketika ramai yang tidak mengendahkannya lagi, angka-angka kes semakin hari semakin meningkat.

Pada Ahad, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal CovidNow memaklumkan bahawa negara mencatatkan 3,259 kes baharu Covid-19 dan sebanyak dua kes kematian direkodkan.

Seterusnya pada Isnin, sebanyak 2,417 kes dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 4,598,391 kes. Manakala, sebanyak lima kematian direkodkan dengan dua daripadanya adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sebelumnya, telah dilaporkan jumlah kes harian baharu Covid-19 untuk tempoh seminggu (2 Julai – 8 Julai 2022) meningkat kepada 21,083 dengan angka tertinggi 4,020 dilaporkan pada 7 Julai.

Ini berbanding jumlah kes sebanyak 16,469 kes untuk tempoh Rangkuman Mingguan pada minggu sebelumnya (25 Jun – 1 Julai 2022) dengan kali terakhir angka kes mencecah 4,000 adalah pada 24 April iaitu sebanyak 4,006 kes.

Dan pada Jumaat, sebanyak 3,589 lagi kes dilaporkan menjadikan kes aktif meningkat kepada 35,198 sementara kes kumulatif sebanyak 4,589,911. 

Adakah rakyat yang menyedari angka tersebut sudah kembali meningkat?

Dapatkan Dos Penggalak

Terbaharu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menasihati individu yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19 agar segera berbuat demikian susulan peningkatan jangkitan kes virus itu sejak kebelakangan ini.

“Rakyat Malaysia yang belum menerima suntikan dinasihatkan agar mendapatkan Paxlovid, ubat antiviral di fasiliti Kementerian Kesihatan sejak 15 April lepas bagi merawat pesakit Covid-19 dengan gejala ringan dan sederhana (kategori dua dan tiga).”

Menerusi akaun Twitternya, beliau menyeru agar mereka mendapatkan suntikan jika belum berbuat demikian dan mendapatkan Paxlovid jika berisiko tinggi serta positif Covid-19.

“Pemberian Paxlovid kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah percuma, namun pesakit masih perlu membayar caj perkhidmatan konsultasi dan caj lain yang berkaitan,” ujar Khairy.

Beliau menggesa agar rakyat Malaysia memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup atau sesak selain mengamalkan kaedah TRIIS (uji, lapor, asingkan, maklumkan, dapatkan).

Dalam pada itu, dilaporkan sebanyak tujuh juta rakyat Malaysia belum mendapatkan dos penggalak Covid-19 setakat ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, meskipun dos penggalak tidak diwajibkan, ia masih penting kerana bukan sahaja kes positif Covid-19 telah kembali dengan trend menaik, tetapi dos itu juga akan membantu menghadapi varian baharu virus terutama Omicron BA.5 yang lebih mudah berjangkit.

Dua Mutasi Baharu

Dua strain baharu mutan Omicron yang baru muncul menyebabkan peningkatan pesat jangkitan Covid-19 di seluruh dunia, iaitu BA.4 dan BA5. Di Afrika Selatan, ia mungkin tidak lama lagi menjadi strain yang paling lazim di Eropah dan Amerika Syarikat, menurut jangkaan pakar.

Sejak Covid-19 pertama kali ditemui, ia bermutasi dan mengubah bentuknya, dan salinan genetik yang muncul daripada ini dipanggil mutan. Setakat ini, mutasi utama yang muncul daripada Covid-19 masih sedikit, termasuk Alpha dan Delta, yang menyebabkan gelombang jangkitan yang kuat.

Strain BA.4 dan BA.5 adalah yang terakhir muncul daripada mutan Covid-19, dan berkait rapat dengan mutan Omicron dan menjadi ketakutan kepada yang dijangkiti.

Pada Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menambah BA.4 dan BA.5 ke dalam senarai mutan Covid-19, dan ia juga di tahap membimbangkan di Eropah. Wabak BA.4 dan BA.5 dikesan di Afrika Selatan awal tahun ini, dan kini kelihatan telah merebak lebih cepat daripada mutasi lain.

Di Singapura, sekitar 50 peratus jangkitan Covid-19 adalah subvarian BA.4 dan BA.5. Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan 4,495 kes baharu di negara itu setakat 12.00 tengah hari Isnin (11 Julai), manakala pada Ahad mencatatkan 6,423 kes baru pada Ahad, dengan 6,200 adalah kes tempatan.

BA.4 dan BA.5 telah ditemui di kebanyakan negara Eropah, dan nampaknya keupayaannya menjangkiti Covid-19 tidak lama lagi akan mengatasi mutan lain, dan sememangnya inilah yang telah berlaku di Portugal yang mana BA.5 adalah paling lazim di sana.

Di Amerika Syarikat, pegawai mengatakan mereka melihat peningkatan dalam jumlah kes Covid-19 yang disebabkan oleh mutasi BA.4 dan BA.5 baharu.

Di United Kingdom, petunjuk awal adalah jangkaan peningkatan dalam bilangan kes Covid, didorong oleh wabak mutasi BAA.4 dan BA.5.

Statistik terkini menunjukkan bahawa bilangan yang dijangkiti virus itu di United Kingdom meningkat lebih dua kali ganda sejak awal Jun lalu, dengan kira-kira 2.3 juta orang dilaporkan positif.

“Kami berada dalam keadaan yang teruk sekarang,” kata Profesor kesihatan awam di Universiti Edinburgh, Linda Bauld.

Menurutnya, keadaan ini  sangat merisaukan dalam masyarakat dan ada yang mengalami kesan yang teruk.

Di Australia, Kementerian Kesihatan merekodkan peningkatan kes Covid-19 akibat daripada wabak BA.4 dan BA.5.

Bahayakah Varian Ini?

Pakar tidak mempunyai pengesahan tentang betapa teruknya kerosakan pada mutan Omicron BA.4 dan BA.5, tetapi mereka, dalam apa jua keadaan, tidak lebih maut daripada mutan Covid-19 yang lain.

Kebanyakan orang telah membangunkan imuniti terhadap Covid-19, sama ada melalui jangkitan sebelumnya atau dengan menerima vaksin yang membantu mengurangkan risiko jangkitan secara umum.

Walau bagaimanapun, mutasi BA.4 dan BA.5 baharu menunjukkan keupayaan untuk merebak dengan lebih mudah, sebahagiannya disebabkan oleh penurunan tahap imuniti pada manusia, tetapi sebahagiannya disebabkan oleh pengubahsuaian yang telah dialami oleh virus dalam komposisinya.

Banyak negara telah menarik balik sekatan mereka yang dikenakan untuk memerangi Covid-19, yang bermakna orang ramai semakin bergaul antara satu sama lain, sekali gus meningkatkan peluang virus itu merebak.

Gelombang baru wabak boleh menyebabkan lebih banyak kemasukan ke hospital, serta lebih banyak kematian.

Cara Mencegahnya

Sama seperti mutasi Covid-19 yang lain, risiko jangkitan kekal lebih tinggi dalam kes warga emas atau mereka yang mempunyai keadaan kesihatan yang teruk.

Walaupun vaksin yang ada pada masa ini bukanlah cara terbaik, ia adalah yang pendekatan terbaik yang boleh digunakan dalam barisan pertahanan setakat ini.

Vaksin ini telah membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 yang teruk yang disebabkan oleh mana-mana variannya, termasuk Delta, Alfa, Beta dan Gamma.

Doktor dinasihatkan untuk menerima bilangan dos vaksin yang disyorkan untuk memastikan perlindungan maksimum terhadap mutasi sedia ada atau yang baru muncul.

Dos Penggalak Kedua

Agensi-agensi kesihatan Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin menyarankan dos penggalak kedua Covid-19 bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan juga golongan yang mudah jatuh sakit di tengah-tengah peningkatan kes baru jangkitan Covid-19 dan kes yang memerlukan rawatan di hospital di serata Eropah.

Meskipun vaksin Covid-19 yang ditawarkan terus memberi perlindungan yang baik terhadap keperluan dimasukkan ke hospital dan kematian, keberkesanan vaksin terjejas kerana virus tersebut sudah berubah-ubah, lapor Reuters.

Saranan dos penggalak kedua ini dijangka memudahkan keputusan dibuat untuk memperhebat kempen vaksinasi yang baru-baru ini semakin perlahan. 

“Kami kini sedang menyaksikan peningkatan kes Covid-19 dan perlunya rawatan di hospital serta ICU di sesetengah negara dipacu sebahagian besarnya oleh subvarian Omicron BA.5,” kata Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) Cik Andrea Ammon dalam satu kenyataannya.

Menurutnya, ini menandakan permulaan gelombang baharu Covid-19 yang merebak luas di merata EU,” jelasnya, sambil menambah bahawa memberikan vaksin dos penggalak kedua akan mengurangkan jumlah kematian serta kes yang perlu dirawat di hospital dengan ketara. 

Pengeluar vaksin seperti Moderna Inc dan Pfizer Inc serta BioNTech sudah pun menguji versi vaksin Covid-19 yang diubah suai untuk melawan varian Omicron BA.1.

Terus Jaga SOP 

Tidak terkecuali, beberapa bandar di China akan melaksanakan sekatan baru Covid-19, termasuk perintah berkurung untuk mengekang penularan jangkitan baru. 

Hab komersial China, Shanghai bersiap sedia bagi satu lagi  kempen ujian besar-besaran lain selepas mengesan subvarian Omicron BA.5.

China melaporkan 352 jangkitan baru Covid-19 pada 10 Julai, 46 daripadanya bergejala dan 306 tanpa gejala, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada Isnin.

Dengan apa yang kembali terjadi di luar negara, sudah pasti kita tidak mahu mengulang kembali ‘tragedi’ sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta segala larangan yang telah dilalui pada Mac 2020 hingga 2021 itu, yang amat perit dan mencabarnya hidup, juga sangat menguji diri.

Justeru, bagi mengembalikan kepada situasi terkawal dan setiap kita dapat hidup dengan aman, maka kita perlulah mengikuti arahan dan menjaga kesihatan diri sentiasa.

Jangan abaikan ingatan ini, moga kita terus selamat tanpa Covid-19, tanpa pandemik mahupun PKP lagi!

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia