Kerosakan amat besar, kehidupan mangsa banjir perlu dibangunkan semula

Pemerhatian beliau di Manek Urai, kehilangan tidak kurang daripada 500 buah rumah dan di banyak tempat, mangsa banjir ini berhadapan dengan masalah kehidupan yang amat besar dan berat.

“Mereka kehilangan banyak benda, total loss, dan keluarga-keluarga mereka perlu kepada bantuan masyarakat,” jelasnya.

Beliau turut menggesa pihak kerajaan untuk membangunkan semula kehidupan mangsa banjir bagi mengatasi kemelut yang mereka hadapi sekarang ini.


Lawatan ke Kelatan: Tinjau keadaan, motivasi sukarelawan

Menyifatkan sebagai banjir yang terburuk, beliau yang telah melawat Kelantan pada 1-2 Januari lalu untuk melihat keadaan dan penderitaan orang ramai di sana di samping memberikan motivasi kepada para sukarelawan i-Bantu di medan yang turun menghulurkan bantuan untuk mangsa banjir.

Beliau diiringi Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif, Pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM merangkap Pengarah i-Bantu Nasional bersama wakil MyCARE, Abdul Hafidz Hashim.

Sepanjang perjalanan, mereka melihat kesan banjir yang teruk di Laloh, Manek Urai dan sekitar kawasan Lata Rek, serta di bandar Kuala Krai.

Pusat Operasi i-Bantu di Kubang Kerian, SRI Aman Wakaf Bharu dan Pusat Operasi i-Bantu Kuala Krai

Selepas melawat Pusat Operasi i-Bantu Kelantan di Kampung Chicha, Kubang Kerian, pada malamnya rombongan menuju ke USM Kampus Kesihatan untuk bertemu dengan Pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM Kelantan, Prof Dr Dinsuhaimi Sidek, yang mengetuai Pusat Operasi Bantuan Banjir NGO Kelantan.

Kemudian, rombongan turut bersama menyertai mesyuarat operasi i-Bantu Kelantan bagi menyelaraskan kegiatan esoknya.

Keesokannya, Dr Parid turut melawat sekolah IKRAM-MUSLEH, Sekolah Rendah Islam Aman di Wakaf Bharu yang kehilangan 100% alatan dan kemudahannya. Kemudian, rombongan melihat pusat agihan bantuan banjir di Petronas Pasir Pekan, Tumpat yang dibantu oleh sukarelawan Stand Up Flashmobbers (SUF) dari Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan pulang, rombongan sempat singgah di Kuala Krai bertemu dengan para sukarelawan i-Bantu Selangor dan Wilayah Persekutuan di Pusat Operasi Banjir i-Bantu Kuala Krai.

Banjir: Fenomena alam dan ujian Allah

Dalam pada itu, Dr Parid menganggap banjir ini sebahagian daripada fenomena alam begitu juga ia adalah satu ujian daripada Allah Taala. Bagi beliau, bencana ini adalah hasil daripada tingkah laku manusia berhubung dengan alam semesta secara tidak damai dan melakukan kerosakan.

“Jadi, inilah respond daripada alam semesta. Ini lahir daripada salah satu contoh global warming, cuaca sudah tidak damai kepada bumi sendiri,” jelasnya.

Tambahnya, kesan daripada itu kita dapat lihat seolah-olah alam itu sendiri mengamuk, ia sudah bergerak dalam satu putaran yang tidak normal sebagai langkah perlawanannya terhadap tindakan manusia yang rakus.

Beliau mengambil contoh di Lojing di mana meskipun pemberian lesen-lesen pembalakan di Kelantan telah dihentikan sejak 2006, katanya, perlu diingat apa yang sedang berlaku di kawasan hulu ialah tanah itu ditarah untuk mewujudkan satu kawasan tanaman sayur seperti di Cameron Highland.

“Bukit-bukit telah diruntuhkan, diratakan, bukit-bukit yang telah diruntuh yang mewujudkan lumpur-lumpur dibawa oleh banjir ke hilir, akhirnya membawa kesan yang amat besar kepada mangsa-mangsa banjir.”

Kesannya, menurut beliau, rumah mereka ini ditenggelami oleh air yang berlumpur, yang tebalnya mungkin sampai ke paras lutut.

“Bila lumpur ini sudah kering pula, ia akan mewujudkan debu yang akan membahayakan kesihatan orang ramai,” jelasnya.

Katanya, bukan soal pembalakan sahaja, tapi juga soal penarahan tanah, yang akhirnya membawa kepada ruang untuk hujan, mewujudkan situasi penghakisan tanah yang dibawa ke hilir dan akhirnya menyebabkan banjir lumpur.

“Kita dapat lihatlah banjir lumpur yang merosakkan kampung, merosakkan bandar, menenggelamkan kawasan-kawasan penempatan rakyat umum dan akhirnya banyaklah kawasan-kawasan yang ditanggung oleh masyarakat umum,” ujarnya.

Tambahnya, akibat daripada itu, rumah mereka dipecahkan oleh air, banjir berlumpur begitu juga barangan dan harta benda mereka di dalamnya rosak dan musnah.

 

Foto lawatan:

1. http://on.fb.me/144XQ7S

2. http://on.fb.me/1AJdJOy

TV.IKRAM: http://bit.ly/1zSRphi

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia