Kerjasama YKN, Hospital Pakar An-Nur bantu golongan asnaf

Hadir bersama melawat Pakcik Tahrim dan Makcik Tisa’ah di Hospital An-Nur adalah Pengurus Urusan Medik IG Holdings Group, Haji Shaharom Md Shariff dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Haji Abdul Rashid Abu Nawar.

Che Asmah berkata, program pembiayaan perubatan YKN-Medik Nur adalah salah satu jaringan kerjasama antara Dana Rahmah Hospital Pakar An-Nur dengan Yayasan Kebajikan Negara Malaysia.

“Ianya merupakan inisiatif kerjasama YKN yang pertama dengan hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan seperti ini,” kata beliau.

Tambah beliau, objektif utama YKN-Medik Nur adalah untuk membantu golongan asnaf yang memenuhi syarat untuk mendapatkan rawatan perubatan terpilih dengan segera.

Kata Che Asmah lagi, program ini tercetus dari rasa prihatin daripada Pengurusan Hospital Pakar An-Nur, yang kemudiannya telah memulakan inisiatif ini dengan menarik ramai penyumbang khususnya dalam kalangan doktor, kakitangan Hospital Pakar An-Nur dan juga rakan-rakan kongsinya.

“Marilah kita bersama-sama menyumbang kepada dana Program YKN-Medik Nur untuk membantu lebih ramai lagi mereka yang memerlukan pertolongan.”

Sumbangan derma boleh disalurkan kepada:

NAMA AKAUN: YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA MALAYSIA
NO.AKAUN: 568621013347
NAMA BANK: MAYBANK ISLAMIC

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia