Kerjasama UMNO-PAS: Impian atau realiti?

1. Sebahagian orang berpendapat UMNO dan PAS sepatutnya boleh duduk semeja untuk bekerjasama. Apa pandangan Presiden tentang perkara ini?

Pada kita, kerjasama antara PAS dan UMNO dari sudut urusan umat Islam adalah wajar. Walau macam mana pun, kita kena ambil inisiatif untuk mewujudkan kerjasama dan membela hak-hak umat, begitu juga kita kena ikut sama memperbaiki pengurusan negara dan meningkatkan kebajikan kehidupan rakyat.

2. Apakah bentuk kerjasama yang boleh dijalankan oleh UMNO dan PAS?

“Kerjasama ini mengambil pelbagai bentuk iaitu dalam semua bidang, yang pentingnya ia akan mewujudkan kebaikan pada kehidupan rakyat Malaysia dan juga perjalanan negara. Begitu juga pembelaan terhadap umat Islam di Malaysia ini, sama ada kerjasama dalam membela hak rakyat untuk  mendapatkan pendidikan yang terbaik, begitu juga santunan yang terbaik dari sudut kebajikan, pengagihan kekayaan negara pada semua secara adil, penegakan hak-hak rakyat dalam negara atau kerjasama dalam menegakkan tanggungjawab pihak pemerintah, pentadbir atau pengurus, sama ada yang memerintah ataupun yang mengurus negara ini, yakni pejabat-pejabat awam.

(Tujuannya adalah) supaya mereka ini perform iaitu melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya dan perkara ini dipantau oleh kedua-dua pihak, sama ada pihak UMNO atau PAS, dengan maksud supaya rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik.

3. Sekiranya berlaku perkara yang mendatangkan sensitiviti agama, bolehkah UMNO dan PAS bekerjasama?

Boleh… contohnya dalam isu-isu berkaitan dengan agama Islam atau agama-agama lain, PAS dan UMNO boleh bekerjasama menentukan garis panduan bagaimana kerjasama agama-agama ini boleh dilangsungkan, hak tiap-tiap agama ini boleh dan dapat dijaga oleh semua kumpulan rakyat Malaysia yang ada dalam negara ini supaya dengan demikian negara boleh berjalan dalam keadaan yang paling baik, negara terus kekal aman, sejahtera dan masing-masing memiliki kebebasan mengamalkan agama masing-masing serta kedudukan Islam sebagai agama negara itu dihormati oleh semua pihak.

4. Bolehkah kerjasama UMNO-PAS ini menjadi realiti, sedangkan PAS  di bawah Pakatan Rakyat dan UMNO di bawah Barisan Nasional?

“Kerjasama ini dalam bidang-bidang tertentu, tetapi persoalan yang lebih besar ialah masalah tahaluf siyasi iaitu satu persepakatan antara kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam tahaluf siyasi ini. Tujuannya adalah untuk mewujudkan satu pemerintahan pusat atau negeri dalam Malaysia yang lebih efektif serta lebih berkemampuan untuk menyantuni rakyat dalam negara, itu saja tujuannya di peringkat pusat dan peringkat negeri. Biasanya suatu pihak merasakan kumpulan mereka yang lebih wajar menerajui pemerintahan negara atau negeri, sedangkan kumpulan lain merasakan mereka juga memiliki kredibiliti untuk menerajui dan mengurus negara ini.

Tahaluf siyasi ini tujuannya ialah untuk membangunkan satu barisan pimpinan negara sama ada oleh pihak pembangkang atau pemerintah. Jadi untuk memerintah Malaysia atau pusat dia perlukan tahaluf siyasi yang merangkumi semua komponen rakyat Malaysia.

5. Sesetengah pihak sama ada dalam UMNO atau PAS yang ekstrem menentang Badan Hak Asasi Manusia kerana kata mereka dalam badan tersebut juga ada golongan yang memperjuangkan LGBT dan sebagainya. Apa pandangan Presiden?

“Bagi saya (Pertubuhan IKRAM Malaysia), penglibatan kita dalam mana-mana organisasi adalah berdasarkan prinsip, mana yang kita setujui kita akan bersama, mana yang kita tidak setujui kita akan tolak depan-depan mereka. Kita transparent, bukan maknanya dengan terlibat dalam mana-mana organisasi itu kita akan menyokong kehendak dalam organisasi tersebut. Ia hanya forum yang memungkinkan kita semua terlibat kerana kita nak mengemukakan pandangan terbaik bagaimana kita nak menguruskan permasalahan yang ada dalam negara ini, itu sahaja.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia