Kerjasama UIAM, IKRAM Musleh, GaPIM perkasa Pendidikan Islam

SERI KEMBANGAN – Pendidikan Ikram Musleh Berhad (IKRAM Musleh), Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia (GaPIM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama dalam Pendidikan Islam.

 

Dalam majlis secara dalam talian pada 16 Julai lalu, sesi tandatangan MoU disempurnakan oleh Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Pengerusi IKRAM Musleh, Prof Dr Omar Yaakob dan Presiden GaPIM, Dr Khodori Ahmad.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada IKRAM Musleh dan GaPIM dalam usaha sama yang amat bermakna ini,” kata Tan Sri Dato’ Dzulkifli dalam ucapan aluannya.

Beliau juga menegaskan tentang kepentingan ummah untuk dibangunkan secara menyeluruh justeru menghasilkan kesejahteraan dalam setiap aspek kehidupan manusia.

“Segala usaha perlu dilaksanakan termasuk dalam bidang pentaksiran Pendidikan Islam,” ujarnya.

Menurutnya, betapa pentingnya kejelasan hala tuju pendidikan negara ke arah mencapai hasrat sebenar konsep sejahtera.

Dalam majlis itu, Dr Khodori merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Dato’ Dzulkifli serta pihak UIAM yang telah menerima syor GaPIM dan IKRAM Musleh bagi menjayakan Pendidikan Islam khususnya dalam bidang pentaksiran Pendidikan Islam.

Prof. Dr Omar turut menghargai kesudian UIAM berganding bahu dalam meningkatkan profesionalisme keguruan dalam sistem Pendidikan Islam di samping menghasilkan sijil-sijil kelayakan bagi memartabatkan lagi sistem Pendidikan Islam.

“MoU ini adalah bukti komitmen ketiga-tiga pihak dalam usaha membangunkan ummah melalui pendidikan.”

Menurut Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, ketiga-tiga pihak bersetuju mengambil segala langkah yang perlu bagi meningkatkan kerjasama dalam empat bidang iaitu:

1. Islamic education practices and assessment

2. Training and professional certification to teachers

3. Promotion of quality education and standardized assessment to the nation, dan

4. Any other areas of co-operation to be mutually agreed upon by the Parties.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia