Kerana lidah, mengundang padah

Jadilah seperti resmi padi, lagi berisi makin ia tunduk ke bumi. Begitulah selayaknya seorang yang berilmu miliki, bukan meninggi, menyombong dan mengatakan apa sahaja yang disukai hingga mengguriskan banyak hati-hati yang lain.

 

Jika sekali dua terjadi, barangkali ia berkaitan ketidakstabilan seseorang itu menguruskan emosi. Tetapi jika sebaliknya, ia adalah satu tabiat yang perlu dibendung dan dibuang jauh, agar lidah terjaga serta tiada hati-hati yang tercedera.

 

Sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah Salallahualaihiwasallam bersabda:

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

“..dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (HR Bukhari, No. 6018 )

 

Ini menunjukkan bahawa perkataan yang baik itu lebih utama daripada diam, dan diam itu lebih utama daripada berkata buruk.

 

Berkata baik dalam hadis ini menjelaskan ajaran Allah dan Rasul-Nya dan memberikan pengajaran kepada kaum Muslimin, amar makruf dan nahi mungkar berdasarkan ilmu, mendamaikan orang yang berselisih pendapat dan berkata yang baik kepada orang lain.

 

Dan yang terbaik daripada semuanya itu adalah menyampaikan perkataan yang benar di hadapan orang yang ditakuti kekejamannya atau diharapkan pemberiannya.

 

Hati dan mulut yang tidak selari

 

Terdapat sebahagian yang berpandangan, “Mulut saja macam puaka, tapi hatinya baik.”

 

Namun kata-kata sedemikian tidaklah selayaknya dinormalisasikan dalam masyarakat di negara ini.

 

Sebagaimana analogi yang jelas, jika kita membuat air kopi dalam sebuah teko, adakah apabila dituangkan dalam cawan, akan keluar air susu?

 

Begitu juga hadis di atas yang jelas mengatakan agar diam jika tidak mampu mengatakan yang baik.

 

Terdapat atsar menyebutkan:

أَكْثَرُ خَطَايَا ابْنِ آدَمَ فىِ لِسَانِهِ

“Kebanyakan dosa anak-anak Adam itu ada pada lisannya.” (HR al-Thabrani, Sahih al-Jami’ as-Saghir, No. 1201, Status: Hasan)

 

Sebagaimana tersebut pada firman Allah:

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

“Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya.” (Al-Israa’: 36)

 

Barangkali ini yang jarang diingat oleh sesiapa pun. Apa tidaknya, dengan mudah mengatakan sesuatu yang buruk dan menyakitkan. Tetapi seharusnya ingatlah bahawa segalanya akan dipertanggungjawabkan.

 

Tersingkap segalanya

 

Perlukah untuk membuat kebaikan kepada sesiapa pun, dihamburkan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya hingga menghina dan menjatuhkan maruah seseorang itu?

 

Amatlah malang sekali apabila memulakan sesuatu dengan tidak selayaknya, walaupun diakhirnya dilakukan juga tindakan yang baik. Tetapi, perlu difikirkan berapa ramai jiwa-jiwa yang telah terluka dengan kata-kata yang dihamburkan.

 

Ia seperti peribahasa yang sering kita dengar iaitu “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.”

 

Amat sesuai sekali peribahasa yang dirangka oleh orang dulu-dulu itu. Apa tidaknya, jika dilihat dalam situasi dan zaman sekarang ini, ia sangat mudah direalisasi.

 

Kerana kata-kata yang tidak sepatutnya oleh seseorang, maka menjadi tular hingga pelbagai reaksi netizen dapat dilihat hingga pada akhirnya, segala tentang diri si pelaku ditelanjangkan.

 

Adakah kita suka melihat situasi ini terus berlaku dan terjadi? Tentu tidak, bukan?

 

Namun jika tidak disingkapkan, tentu tiada siapa yang tahu perkara sedemikian terjadi. Maka, ia sentiasa dan berterusan sehingga sampai bila-bila. Lagi sadis, ia seakan menjadi ‘tradisi’ dan dilakukan oleh mereka yang pernah terkena demikian.

 

Mahukah kita ia menjadi rantaian kejahatan yang tidak putus-putus? Bagaimana generasi akan datang melihat situasi ini sebagai sesuatu sikap yang tidak baik walaupun yang melakukan demikian  dilakukan oleh seorang yang terpelajar dan terhormat?

 

Terapkan sentiasa

 

Begitulah, adab dan akhlak perlu diterapkan bukan sahaja kepada pelajar, tetapi ibu bapa, keluarga, masyarakat, mahupun pendidik yang tidak kira di pelbagai peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi, ia sentiasa diaplikasikan dan dijuarai oleh semua.

 

Jika tidak, fenomena biadab itu akan terus berlarutan dari generasi ke generasi. Nauzubillah.

 

Ubahlah ke arah yang lebih baik

 

Andai sesuatu itu tidak menjadi tular, tentu masyarakat tidak akan tahu selama ini begitulah mereka mendepani seseorang.

 

Di samping itu, terdapat sisi baik yang kita harapkan iaitu orang yang melakukan sesuatu yang tidak beradab itu sedar diri bahawa apa yang dilakukannya selama ini perlulah dinoktahkan.

 

Si empunya diri perlu menginsafi bahawa segala yang telah terjadi memberi kesan yang tidak baik kepada mereka yang terlibat.

 

Moga Ramadan 1443H kali ini memberikan kita kesempatan dan peluang untuk membuat bergunung kebaikan hingga 11 bulan yang lainnya kita tetap melakukan apa yang dilaksanakan pada sebulan itu, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia